Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) Bertemakan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Cukup Menarik

Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah dilancarkan dengan cukup meriah di AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur. Sempena dengan majlis pelancaran ini turut disediakan pelbagai aktiviti dan perkongsian menarik yang melibatkan selebriti dan pendakwah terkemuka yang turut hadir memeriahkan susasana.


Pelancaran kempen telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Di majlis yang sama turut diadakan penyerahan zakat perniagaan, sumbangan bakul rezeki kepada 10 orang asnaf, sembang santai YEZ bersama KPE PPZ-MAIWP, ZakaTalk dan pelbagai lagi.


Penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada
Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd - RM375,220.38

Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157,129,73

Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang berminai RM100 dan juga dengan nilai sumbangan keseluruhan sebanyak RM10,000 yang turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa Kuala Lumpur.


Antara 10 asnaf yang hadir menerima sumbangan di majlis pelancaran Kempen YEZ 2022.


Penyanyi Lah Ahmad telah dijemput ke majlis dan beliau telah menyampaikan dua buah lagu. Kehadiran beliau telah mendapat perhatian pengunjung-pengunjuang AEON AU Setiawangsa yang berada berdekatan majlis pelancaran. Suasana memang cukup meriah! 

Kempen YEZ 2022
Untuk info, kempen YEZ 2022 ini bermula dari 26 November 2022 sehingga 31 Disember 2022. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menunaikan kewajipan berzakat sebelum hujung tahun ini iaitu pada 31 Disember 2022.


Bertemakan "Memberi Tanda Syukur", PPZ-MAIWP mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat bagi kelangsungan hidup asnaf apatah lagi dalam situasi sukar pada ekonomi hari ini.

Selari dengan moto PPZ-MAIWP itu sendiri iaitu 'Memudahkan Anda Berzakat", telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada pembayar zakat bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.

Perkhidmatan dan Kemudahan Bayanan Zakat Yang Disediakan Oleh PPZ-MAIWP
Antara kemudahan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP seperti:-
  • 10 Kaunter PPZ-MAIWP
Bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP di sekitar Wilayah Persekutusn KUala Lumpur dan Labuan sepanjang bulan Disember ini. Kaunter ini akan dibuka 7 hari seminggi bermula jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang.

Friday+
Istimewa tahun ini , PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehingga jam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan mendapat voucher KFC bernilai RM10.

  • Portal PPZ-MAIWP & Aplikasi MYZAKAT
Pembayaran zakat secara dalam talian iaitu melalui www.zakat.com.my atau melalui aplikasi MyZakat boleh dimuat turun di Google Play dan Apps Store. Di mana pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran.

  • Ejen-ejen Kutipan Zakat
Pembayaran zakat juga boleh dilakukan melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP antaranya seperti melalui perbankan internet, poratl online, e-wallet, kaunter-kaunter bank dan juga pos.

  • ZAKAT+ @MYTEMUJANJI
Zakat+ @MyTemujanji berperanans ebagai 'one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji dan perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door to Door & Ride2U. Untuk tempahan boleh layari https://mytemujanji.zakat.com.my

  • Talian Zakat
Pembayar zakat juga boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat dengan membuat panggilan ke 13000885757. Bahkan melalui talian ini juga pembayar zakat boleh melunaskan kewajipan mereka dengan membayar zakat,

Untuk pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung akan berpeluang juga memenangi lebih 500 hadiah menarik yang ditawarkan. Pemenang akan dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah (tertakluk kepada terma dan syarat).



Antara hadiah yang ditawarkan seperti Pakej Umrah, Vacuum Robot Mi, Ipad Air, Iphone 14 Pro, Thermomix TM6, Air Fryer Phillips dan pelbagai lagi.


Dalam perkongsian bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. beliau turut menekankan bahawa program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak. Di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

Dalam keadaan situasi negara yang sedang mengalami krisis ekonomi kita masih diberi rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan dan ini adalah apa yang didalam ajaran Islam mahukan- dalam ada rezeki kita tetap ada pada rezeki orang lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai YEZ 2022 boleh layari :

Jom Berzakat Sebagai Tanda Rasa Kita Bersyukur!
Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) Bertemakan Memberi Tanda Syukur Menawarkan Pelbagai Hadiah Cukup Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 27, 2022 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.