Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Kepelbagaian Menu Dari Hidupan Laut Yang Segar


Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Kepelbagaian Menu Dari Hidupan Laut Yang Segar- Bagi peminat makanan laut (seafood) yang berkualiti bolehlah ke Restoran Seafood Zamanku yang terletak di aras LG  Galaxy Ampang Mall Kuala Lumpur. Biarpun baru beroperasi (dalam setahun lebih), Restoran Seafood Zaman Ku sememangnya cukup dikenali dikalangan masyarakat setempat terutama kesegaran hidupan laut yang ditawarkan dalam setiap masakannya.


Restoran Seafood Zaman Ku dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dengan dua waktu operasi iaitu 11 pagi - 3 petang dan 5 petang - 10 malam. Hiasan dalaman berkonsepkan klasik, kelihatan begitu banyak dekorasi barangan antik, kerusi meja kayu  serta meja  bulat yang sesuai untuk mereka yang ingin adakan makan besar bersama keluarga di sini. Untuk info, Restoran Seafood Zaman Ku ini boleh menempatkan sehingga 120 pax untuk satu-satu masa.

Di satu sudut dinding kelihatan foto-foto bandar lama digantung. Sudut yang menggamit memori.

Kelihatan juga basikal tua

Perkakasan antik yang disusun di atas rak menampilkan dekorasi klasik di restoran ini.

Hiidupan segar yang dibawa khas setiap hari dari Sabah

Terdapat juga pentas kecil didalam restoran yang biasanya dijadikan sudut untuk pelanggan berkaraoke, Restoran ini juga sesuai dijadikan tempat acara kerana keluasannya yang cukup luas serta ianya mempunyai segala kemudahan bagi pengendalian majlis.

Selain menu ala-carte turut ditawarkan hidangan secara buffet. Terdapat pakej-pakej menarik ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk mengadakan sebarang majlis mahupun keraian di Restoran Seafood  Zaman Ku. 

Boleh lihat menu ala-carte di sini. Murah dan berbaloi :-)

Antara HIdangan 'Signature' Dari Restoran Seafood Zaman Ku


Penuh satu meja. Pelbagai hidangan enak dan menarik yang telah dipilih untuk dinikmati saya bersama rakan-rakan yang lain. Ada masakan berkari, masam-masam, manis, stew ala claypot, kam heong dan pelbagai lagi.

Ini adalah antara menu (signature dish) yang sering mendapat permintaan daripada pelanggan jika ke Restoran Seafood Zaman Ku. Semuanya sedap, cukup rasa dan paling penting kemanisan kesegaran hidupan laut memang ketara.

๐ŸŸDeep Fried Fish with Signature Nyonya Sauce

๐ŸคDeep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced

๐Ÿฆ€Signature Crab in Chilli Style

๐Ÿฆ‘Deep Fried Sotong in Salted Egg

๐ŸฆชKam Heong Style Lala

๐Ÿ‘Signature Lamb Flap in Claypot

๐Ÿซ˜Thai Style Homemade Beancurd

๐Ÿ†Four Season Vege



Signature Crab in Chilli Style

Walaupun bercili tetapi ianya tidaklah terlalu pedas. Cukup rasa apatah lagi ianya dimasak bersama ktam yang agak besar juga saiznya. Paling penting isi ketam agak banyak dan segar. Terasa manis isinya. Enak dinikmati bersama roti mantou.

Deep Fried Fish With Signature Nyonya Sauce

Ikan yang digoreng garing. Diletakkan bersama sos nyonya. Rasanya seakan kari nyonya tetapi tidaklah berkuah banyak; Pertama kali saya mencubanya dan rasanya tidaklah mengecewakan.

Deep Fried Tiger Prawn with Superior Soy Sauced

Hidangan ini paling saya suka. Selain daripada isi udangnya yang cukup padat. Di masak bersama soy sauce menjadikan ianya benar-benar lazat. Gabungan yang benar-benar menjadi.

Deep Fried Sotong in Salted Egg

Sotong yang digoreng ranggup dengan percikan rasa telur asin pastinya menjadi kegemaran. Di masak bersam cili kering menjadikan hidangan ini ada rasa sedikit percikan pedas. 

Signature Lamb Flap in Claypot

Bahagian perut lembu dimasak seakan stew didalam claypot. Didalamnya terdapat juga sayuran dan cendawan. Makan panas-panas memang sedap.

Kam Heong Style Lala

Bila berada di restoran seafood, masakan kam heong pasti masuk dalam senarai. Rasa pedas-pedas berkicap memang membuka selera. Ini terutama jika dijamah bersama nasi panas.

Four Season Vege

Sayuran pelbagai jenis digoreng bersama. Ada rasa sos tiram di situ dan paling penting kehadiran petai yang menjadikan Four Season Vege ini benar-benar memenuhi citarasa orang tempatan. Serius sedap!

Thai Style Homemade Beancurd 

Tauhu kukus yang isinya cukup lembut. Punyai rasa gaya masakan Thailand terutama apabila ada hirisan mangga dan timun diatasnya. Kuah masam-masam manis pedas yang sangat sedap.



Samada datang sendiri, bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Ternyata Restoran Seafood Zaman Ku yang terletak di Galaxy Ampang Mall ini sangat berbaloi dikumjungi. Tarikan utama tentulah kepelbagaian menu yang ditawarkan, selain daripada kesegaran makanan laut yang menjadi keutamaan.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

Disediakan juga perkhidmatan penghantaran terus ke rumah anda. Begitu juga dengan perkhidmatan katering ada ditawarkan, Bagi tempahan dan pertanyaan boleh hubungi: 0182341010 atau 0182160000 . 

Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall Menawarkan Kepelbagaian Menu Dari Hidupan Laut Yang Segar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 07, 2022 Rating: 5

9 comments:

  1. Addoii kak..bikin ngences . Semua menu dia nampak sedap. Puas betul dapat ke sini. Tengok sayur goreng pun soddappp . Petai tu ..phew. Harga not bad , nanti nak try

    ReplyDelete
  2. sedap ya all the food kat Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall! I wis to try it out too

    ReplyDelete
  3. wah, menggoda betul tengok menu menu dia. Nampak menyelerakan sungguh. iena pernah ke Galaxy Ampang, tapi tak tau pulak ada kedai makan best kat situ. Nanti kalau ke sana boleh la singgah cuba :)

    ReplyDelete
  4. Menarikla menu dia. Nampak sedap sedap semua menu dia. Boleh try makan sini nanti.

    ReplyDelete
  5. Wujud lagi Galaxy Ampang. Saya last ke sana masa 2011. Mak ai. Hahaha. Tak sangka ada restoran seafood lg tu. Kena cuba ni.

    ReplyDelete
  6. Wow ...looks so good all the food dishes served, I'm so tempting hungry while reading here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Oh yummsss! all their seafood menu and dishes look so so delicious and place pun bagus.

    ReplyDelete
  8. Restoran Seafood Zaman Ku Galaxy Ampang Mall ni masakan China yer? Mmg sedap menu2 Chinese food ni, kak pun suka mkn masakan mcm ni. Halimah

    ReplyDelete
  9. The seafood looks so fresh and the environment is so comfortable. I cannot wait to dine here! #rollinggrace ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.