Konsert 25 Tahun Rabbani | Simponi Kesyukuran Rabbani


Konsert 25 Tahun Rabbani | Simponi Kesyukuran Rabbani- Berita baik untuk semua peminat kumpulan nasyid Rabbani. Konsert 25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’ bakal diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022 jam 8.30 malam. Program konsert ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang buat julung kalinya berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources.


Untuk makluman, program ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, YWJ. Sebelum ini, program Kesenian Islam hanya menganjurkan program berkonsepkan bengkel muzik dan kelas muzik moden atau tradisional sahaja. Namun, pada tahun ini YWJ telah berkolaboratif bersama kumpulan nasyid Rabbani menganjurkan program bersifat konsert.


Objektif Penganjuran Konsert
Antara faktor YWJ tmemilih kumpulan nasyid Rabbani disebabkan oleh populariti dan juga perjuangan Rabbani yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama lebih dua dekad. Apatah lagi muzik dan lagu yang diperdendangkan masih lagi relevan dan menjadi kegemaran peminat irama nasyid.



Selain itu, penganjuran program konsert ini adalah bertujuan meningkat kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.

Antara objektif utama penganjuran konsert adalah memberi peluang kumpulan Rabbani untuk mendekati para peminat secara lebih dekat dan ianya satu bentuk penghargaan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.


Irama Nasyid Masih Diminati
Menerusi gabungan kepelbagaian bentuk muzik nasyid pada konsert merupakan satu keunikan yang akan menarik minat masyarakat terutamanya golongan belia untuk meminati irama nasyid khususnya di negeri Johor.

Malah, masyarakat juga akan menghargai nilai-nilai yang ada dalam irama nasyid, di samping mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat perpaduan. Ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi keharmonian rakyat di negeri ini.

Kelangsungan kesenian dan kebudayaan terutama irama nasyid diharap dapat mengimbangi pembangunan holistik di negeri Johor.


Penampilan Artis Hebat
Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.

Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan diiringi dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen. Sememangnya sangat menarik!



Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan awal Rabbani dengan konsep Andaslusia, seterusnya Nolstagia nada Murni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.

Jom Tonton Konsert 25 Tahun Rabbani
Pastinya konsert ini dapat mengamit kerinduan dan juga semangat untuk semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan maksud Rabbani itu sendiri iaitu Yang Arif dan Yang Soleh dengan erti kata lain ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat supaya berilmu dan beramal soleh.


Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. Kita bangkit bersama dari ujian pandemik.

Untuk makluman, tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 dan RM188 dan boleh didapati dari www.mytiket.asia bermula 1 Dis 2022.

Rabbani juga menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan buat rakan-rakan energi yang turut bekerjasama menjayakan konsert ini. Antaranya seperti MATHAF Malaysian Thailand Halal Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan konsert ini.

Jom kita memeriahkan kembali Irama Nasyid di Malaysia!

Konsert 25 Tahun Rabbani | Simponi Kesyukuran Rabbani Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 24, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. alaaa kenapa buat kat johor. jauhnya.. memang membesar dengan lagu2 rabbani. bestnya if dapat pi

    ReplyDelete
  2. Concert ni yang paling orang ramai tunggu comeback mereka. Musim sekarang memang orang dah mula into nasyid.

    ReplyDelete
  3. Rawlins pun menggemari lagu-lagu mereka dan ada di antaranya yang membantu Rawlins belajar dan mendalami Islam tau.

    ReplyDelete
  4. I hope the experience of hearing your favorite artist live can be an unforgettable one.

    ReplyDelete
  5. Sure all the fans exciting happy waiting for the concert day, safe travel for all to Johor for this live show. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Best juga mereka bakal adakan konsert di JB kan... Nell pun selalu dengar lagu2 from this team masa study kat UTM dulu... kinda love their song..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.