Review Filem : 65


Filem thriller sains fiksyen yang diarahkan oleh Scott Beck dan Bryan Woods yang juga merupakan pengarah bagi filem The Quiet Place.

\Mengisahkan angkasawan Mills (Adam Driver) yang mendapati dirinya terkandas di planet misteri bersama seorang gadis remaja Koa (Ariana Greenblatt). Rupanya mereka terkandas di bumi 65 juta tahun yang lalu. 


Filem ini banyak mengisahkan bagaimana pejuangan Mills bersama Kao untuk pergi ke kapal penyelamatt dan terpaksa melalui begitu banyak rintangan iaitu dinosaur. Jenis haiwan pra-sejarah dinasour yang mereka ke temu semua adalah pemakan daging dan agresif. Banyak juga babak mengejut kemunculan dinasour secara tiba-tiba.


Bagi saya sendiri jalan cerita agak biasa. Hanya melibatkan 3 pelakon utama. Cerita tentang manusia dan dinasour, pada masa yang sama diselitkan tentang rasa kerinduan Mills terhadap anak perempuan tunggalnya yang sudah meninggal dunia.

Hidup dalam sesalan, sehinggalah kejadian yang membuatkan beliau harus bersama Kao yang seusia dengan anaknya. Sepanjang menonton tidak adalah boring sangat tetapi ini bukanlah filem terbaik untuk tahun 2023 bagi kategori sains fiksyen.

Review Filem : 65 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 09, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. bila ada elemen dinosaur, i terus teringat kat jurassic park jerrrr

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.