Hannah Delisha Dilantik Menjadi Duta Serum Eados

Hannah Delisha Dilantik Menjadi Duta Serum Eados- Kenalkan serum terbaru daripada syarikat Elegant Cosmetics, Eados yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan penjagaan wajah masyarakat Asia. Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun dengan formulasi terbaik Eados dapat membantu mengembalikan keremajaan pada kulit serta merawat masalah yang sering dihadapi masyarakat Asia iaitu jeragat dan pori terbuka.

Dato’ Al Amin berkata selaku pengasas produk menekankan bahawa pengenalan kepada produk serum baharu ini adalah disebabkan oleh permintaan pengguna yang begitu setia dengan Krim pencerah Whitening Emulsion.


Ianya juga salah satu penghargaan juga buat pengguna produk Elegant Cosmetics selama ini. Apa yang pasti Serum Eados yang diperkenalkan telah melalui beberapa ujian klinikal bagi memastikan tiada sebarang campuran bahan terlarang dan bebas logam berat.

Serum ini dihasilkan dengan teknologi oil infused water yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk semua jenis kulit, ianya berasaskan air yang mampu memudarkat parut, melembapkan kulit, memberi efek tona lebih sekata, melembutkan dan mencerahkan wajah, mengecilkan pori-pori dan pelbagai lagi
Perlantikan Hannah Delisha Sebagai Duta Serum Eados
Bersempena dengan pengenalan kepada Serum Eados ini, Elegant Cosmetics turut mengumumkan selebriti , Hannah Delisha sebagai duta produk. Pengambilan Hannah sebagai duta buat permulaan untuk 6 bulan.


Menurut Hannah, beliau memiliki kulit yangs angat sensitif. Namun setelah melihat kreadibliti syarikat dan paling penting telah mencuba sendiri Serum Eados ini ternyata ianya sesuai untuk kulitnya. Lebih menarik keberkesanan dapat dilihat tidak perlu tempoh yang lama.


Dengan manfaat Serum Eados dapat menjaga dan memelihara kulit Hannah agar sentiasa sihat dan berseri-seri. Apatah lagi sekarang ini Hannah begitu sibuk dalam pengambaraan drama bersiri Andai Itu Takdirnya yang sedang bersiaran di Astro kini.


Serum Eados ini telah didaftarkan dibawah Sistem Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.Jadi kita tidak perlu rasa was-was, jaminan memang selamat digunakan. Boleh didapati pada harga RM 79.90 esklusif dari rakan niaga yang sah sahaja.

Hannah Delisha Dilantik Menjadi Duta Serum Eados Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 20, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.