Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Di Dalam Taman di I’dahlia Corner

Iftar dalam taman yang sangat indah memang menyeronokkan. Apatah lagi dengan lebih 60 sajian ditawarkan menggandakan kepuasan.


I'dahlia Corners sekali lagi menganjurkan buffet ramadan berkonsepkan dalam taman setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Lokasinya yang cukup strategik iaitu berada dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dan tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC, menjadikan I'dahlia corner sering menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera.


Menurut pemilik I'dahlia Corner, Dahliati binti Aliruddin restoran ini mula bertapak di Persiaran Stonor sejak tujuh tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Menu istimewa yang terkenal ialah Sup Tulang Meletop di awal perniagaannya, kini I'dahlia Corner merupakan satu-satunya usahawan yang masih bertapak di kawasan tersebut.

Buffet Ramadhan Di Dalam Taman
Dalam menyambut ketibaan bulan ramadan, I'dahlia Corner tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan suasana ramadan tahun ini dengan menawarkan buffet ramadan dalam taman.


Seperti buffet ramadhan tahun lepas,  I'dahlia Corner ada menyediakan aneka juadah kuih-muih dan lauk-pauk ala kampung dan moden yang boleh membawa rakyat Malaysia mengimbau suasana kampung.


Ada lebih  60 juadah ala-kampung dan moden setiap hari dan harga buffet per pax ditawarkan pada harga sangat berpatutan. 











Sup meletop dekat sini memang kaw!

Antara juadah yang menanti pengunjung ialah Sup Tulang Meletop yang sentiasa mendapat permintaan, gulai kawah, ayam percik, ikan bakar, sambal jering, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas, rendang minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan kampung yang enak.


Selain itu terdapat 10 jenis pemanis mulut yang disediakan seperti pengat pisang, pengat ubi, kuih muih melayu, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan bermacam-macam lagi. Selain itu, pengunjung boleh pilih untuk cuba ‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail.



Buat kali kedua buffet ramadan ini dianjurkan pada tahun ini, I'dahlia Corner memberi peluang bagi mereka yang ingin berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara. 


Selain dari lokasi I'dahlia Corner yang strategik iaitu di dalam kawasan tiga segi emas, keunikan buffet ramadan dalam taman di I'dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Bagi yang ingin menunaikan ibadah di bulan ramadan, kemudahan surau turut disediakan.

Harga Buffet Ramadhan Cukup Berpatutan 

Buffet Ramadan di I’dahlia Corner akan bermula dari 25hb Mac 2023 sehingga 22hb April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. 

Harga buffet:
RM69 (Dewasa)
RM49 (Warga Emas) 
RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun). 

Pengunjung juga digalakkan untuk membuat tempahan awal dan parking turut disediakan. 



Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0179913907 atau 0123526397.

Untuk info lanjut tentang I’dahlia Corner boleh layari facebook: I'dahlia corner  atau IG @Idahlia-Corner

Buffet Ramadhan 2023 : Iftar Di Dalam Taman di I’dahlia Corner Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 05, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. meriahnya buffet ramadhan di sana sini :) :) besh kalau dpt merasa/ada rezeki lebih nanti :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.