“JIWA KACAU” PENANGAN EMPAT KUGIRAN BERENTAP DI ATAS SATU PANGGANG

Sesuatu yang cukup hebat apabila 4 kugiran terbaik Malaysia bersatu ‘memecahkan panggung’, mendidihkan adrenalin sekaligus membuatkan jiwa peminat-peminat mereka menjadi kacau. Semua ini bakal direalisasikan dalam persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Konsert Jiwa Kacau ini dibawakan buat julung kalinya oleh MND Sport & Event Sdn. Bhd. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event Sdn. Bhd, Harith Daniel, idea penganjuran Konsert Jiwa Kacau ini terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang mempunyai bakat serta kualiti yang tidak boleh diabaikan.

Harith Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event Sdn Bhd (tengah)


Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacs dan Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap fenomena yang dicetuskan kugiran ini dalm genre masing-masing. Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik tempatan kerana kualiti yang ada pada mereka.

Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert jiwa Kacau yang akan diadakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati Shah Alam

Menyifatkan keempatempat kugiran ini sebagai kugiran yang tidak pernah akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan menjadikan peminat masing-masing naik ‘gila’.

Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adaalh dua kugiran Indie yang memecah tembok komersil dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia. Insomiacks dan Masdo pula adalah salah satu kugiran pop dan rock yang meraih pengaruh paling pantas dalam kalangan generasimuda lewat keunikan genre yang dimainkan. Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita sendiri ini bergabung, kami percaya peminat akan ‘naik gila’. Harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru dalam industri muzik Malaysia”

Menurut Youk yang berucap mewakili pihak Bunkface, beliau menyifatkan Konsert Jiwa Kacau ini sebagai satu lamaran ‘gila’ yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.

Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’! Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi satu penghormatan pada kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri muzik kita”

Insomniacks yang membuat peminat ‘kacau’ lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung bersama tiga legenda adalah mimpi yang menjadi realiti.

Sebagai pemuzik paling junior, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri

Jom kita sokong JIWA KACAU dengan menyaksikan keempat-empat kugiran bersatu dalam satu pentas yang sama.

Harga tiket:

  • CAT 3 (RM75)
  • CAT 2 & General (RM165) 
  • CAT 1 (RM235)
  • VIP (RM255)
  • Meet & Greet Pass (RM488)

Tarikh jualan: 24 Mac pukul 2.30 petang

Pembelian di www.myticket.asia


“JIWA KACAU” PENANGAN EMPAT KUGIRAN BERENTAP DI ATAS SATU PANGGANG Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 23, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.