Instant Cafe Night Live! Edisi X

Shiraz Projects bakal bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company dengan mempersembahkan "Instant Cafe Night Live! Edisi X".  Penganjuran ini adalah susulan daripada kejayaan luar biasa serta sambutan hebat terhadap Instant Cafe's "The May 9 Show" pada tahun 2019. Ianya adalah persembahan 1 malam sahaja bersama dengan pelakon bertaraf bintang didewan prestij Plenary Hall KL Convention Centre.


Persembahan akan berlangsung pada 18 Mac 3023 jam 8.30 malam. Dan korang boleh dapatkan tiket di www.mytickets.asia bermula dari 10 Mac 2023.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM588 (meet & greet)
RM388 (Diamond)
RM288 (Platinum)
RM188 (Silver)

Temui Ko Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan Deputy Miniter of Kickbacks and Camebacks dalam kerajaan gabungan. Tidak dilupakan Curry Spice yang cukup berani, si cantik yang cukup menarik dari Sentul, bintang program Netflix "Keeping Up with The Coomarasamys dengan bipoiknya yang akan datang "Ini Kari Lah".


Instant Cafe NIght Life Edisi X akan dikemudikan oleh penyanyi evergreen Malaysia, Sean Ghazi bersama dengan standup komedi yang comel Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan.

DI satu platform mereka akan membicarakan tentang pelbagai topik dari perkara 'banjir ke quinoa' ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia dan pelbagai lagi.

Perkongsian dari  Jo Kukathas

Ke semua persembahan adalah dibawah kendalian Jo Kukathas, Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan juga Na'a Murad.



Instant Cafe Night Live! Edisi X Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 02, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.