Buffet Ramadhan 2023 : Selera Kampung D-Geo di Geo Hotel & Resorts Genting Highlands

Jom nikmati “Selera Kampung D-Geo” di Restoran Cabana, Geo Hotel & Resorts Genting Highlands yang bermula dari 23 Mac sehingga 24 April 2023. Pastinya terdapat pelbagai menu kegemaran tempatan yang diinspirasikan daripada resipi unik chef hebat di Geo Hotel & Resorts Genting Highlands. Sesuatu yang cukup istimewa dengan hidangan Kampung Malaysia. 


Disediakan juga meja untuk duduk bersila

Sepanjang malam ketika berbuka puasa, kita bukan akan rasa seronok menikmati hidangan yang enak bahkan terdapat juga pertunjukan langsung hidangan tradisional tempatan dan antarabangsa. 









Apa  yang pasti korang kena merasai sendiri Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Assorted Ikan Bakar, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi. Seterusnya dengan  kepelbagaian hidangan pencuci mulut seperti aneka kuih-muih melayu dan moden serta banyak lagi. 







Makan malam bufet Nostalgia Geo Resort & Hotel akan bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023.

Harga early bird (ditawarkan sehingga 23 Mac 2023) : RM138(dewasa)
Harga biasa : RM168 (dewasa)  RM75 ( kanak-kanak berumur bawah 12 tahun) RM85 (warga emas berumur 65 tahun ke atas). 



Samada hadir bersama keluarga atau berkumpulan, bolehlah membuat tempahan meja bagi mengelakkan kehabisan tempat. Semua harga adalah termasuk cukai kerajaan dan caj perkhidmatan semasa. 


Untuk tempahan bufet makan malam atau maklumat lanjut, sila hubungi atau WhatsApp di +6019-236 7838 / e-mel ke reservation@georesort.my atau layari laman web di https://www.georesort.my/selera-kampung-d-geo/ 


Ikuti GEO Resort & Hotel laman web dan media sosial untuk berita dan kemas kini di media sosial
W: www.georesort.my 
F: www.facebook.com/georesortmy
I: www.instagram.com/georesortmy

Buffet Ramadhan 2023 : Selera Kampung D-Geo di Geo Hotel & Resorts Genting Highlands Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 19, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.