Penganjuran World Saree Day Malaysia (WSDM) Bersempena Dengan Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)

Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) bersama World Saree Day Malaysia (WSDM) akan bersama-sama mengadakan program amal dengan gabungan kesenian dan kebudayaan, program ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India. Tujuan program ini adalah untuk menjana dana kepada PSDM dan dalam masa yang sama, mendidik tentang keunikan Saree serta memperkenalkan budaya pemakaian Saree di Malaysia.


PSDM adalah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 2001 yang didukungi msukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia. Ini adalah melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan.


Di PSDM, kanak-kanak Sindrom Down didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti memasak, membasuh pakaian dan pelbagai kemahiran lain demi membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, dana yang dijana di program ini akan digunakan untuk membantu PSDM mendapatkan peralatan tambahan dan perbelanjaan latihan kerjaya vokasional mereke bagi membantu ahli persatuan menjadi usahawan yang berdikari dan berjaya di masa hadapan.

Mereka yang mengidap penyakit Sindrom Dorwn sering bertungkus lumus demi mendapatkan pekerjaan dan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Oleh itu, WSDM dan BNR berbangga untuk menyokong dan menggalakkan usahawan di kalangan Sindrom Down.


Penganjur program ini ialah Bkay Nair, pengarah di syarikat Bkay Nair Resources (BNR). BNR ialah syarikat penyediaan latihan dan acara yang telah melatih orang ramai secara peribadi untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam aspek komunikasi dan pembangunan kerjaya.


Sebagai seorang yang dermawan, beliau telah melibatkan dirinya dalam pelbagai acara dan program khidmat sosial untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan melalui Soroptimist International Ampang dan Sedunia Hari Hijab Antarabangsa. Oleh demikian, ia menjadi inspirasi kepada Bkay untuk menganjurkan program amal ini.


Sebelum ini, Bkay Nair juga telah menganjurkan beberapa program seperti “Miss Saree Malaysia 2019”, “Miss Saree Malaysia 2021”, “Women of Essence Leadership Series 2019 - 2021”, dan Kem Penjenamaan Keusahawanan 2020 dan lain-lain.

Sebagai seorang yang meminati warisan budaya Malaysia dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai program amal, saya berharap program ini dapat memberi peluang kepada komuniti PSDM untuk menunjukkan keupayaan dan potensi mereka, dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang tradisi dan budaya pakaian tradisional kaum India iaitu Saree
kata Bkay Nair.

Di era moden ini, khususnya, budaya pemakaian Saree dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan. Malaysia adalah sebuah negara berbilang budaya,etnik, kaum dan bangsa. Oleh Itu, WSDM berhasrat untuk membawa impak sosial kepada masyarakat dengan menggalakkan generasi muda untuk terus mencintai dan menghargai seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.


Acara ini adalah gabungan antara amal, pendidikan, budaya, dan fesyen. Dengan sambutan hari wanita antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan Mac, acara ini juga memberi platform kepada kami untuk meraikan semua wanita di Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang. WSDM tekat untuk mengekalkan kepelbagaian budaya pelbagai kaum di Malaysia, menggalakkan orang ramai memakai pakaian tradisional bagi memupuk perpaduan antara pelbagai kaum.

World Saree Day Malaysia (WSDM) akan berlangsung pada 19 Mac 2023 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Acara ini adalah bersempena dengan program amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM). Selain itu majlis ini akan turut disertai oleh PSDM, JKKN dan Kelab Bharat Kuala Lumpur.


Antara tetamu Kehormat dan tetamu VVIP yang akan turut serta program ini ialah Menteri Sumber Manusia, Tuan V. Sivakumar, Timbalan Menteri Pelancongan, YB Khairul Firdaus, Pesuruhjaya Tinggi India, Encik Bommireddy Narasimha Reddy dan YB Senator Datuk Ras Adiba.

Jom sama-sama menyumpang kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) dengan menyertai World Saree Day Malaysia (WSDM).


Penganjuran World Saree Day Malaysia (WSDM) Bersempena Dengan Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 01, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.