Buffet Ramadhan 2023 | Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Menyantuni Anak Yatim Al-Mahabbah

Di bulan ramadhan antara kemeriahan dirasai tentulah ketika waktu berbuka. Namun situasi lebih bermakna jika kita dapat bersama-sama berbuka dengan anak-anak yatim, anak-anak yang doanya tanpa hijab dan mustajabah.


Mengambil kesempatan di bulan baik ini ‘SELERA NUSANTARA Catering & Event yang telah menawarkan buffet ramadhan di Dewan Bankuet MBSA telah berbesar hati nenyantuni 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah Bukit Raja Klang.


Ditemani bersama guru/penjaga pertubuhan, kelihatan anak-anak yang hadir memang cukup semangat dan gembira. Meeeka sempat juga membuat satu persembahan menghiburkan tetamu yang turut hadir berbuka di sana.

Untuk info, Dewan Bankuet MBSA Shah Alam, merupakan lokasi yang cukup popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Dan istimewa sepanjang bulan ramadhan tahun 2023, Dewan Bankuet MBSA Shah Alam ini akan dimeriahkan dengan Buffet Ramadhan yang bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang dan berakhir kira-kita 9.30 malam.

Pelbagai Menu Enak Boleh Dinikmati
Masakan yang ditawarkan adalah citarasa melayu yang disediakan oleh barisan kulinari yang cukup berpengalaman.


Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun memasak di organisasi di dalam dan luar negara bertindak cemerlang menyediakan lebih 100 sajian. 




Disediakan juga  6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak dan menggiurkan.



Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa.








Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA turut menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.





Tidak dilupakan pembuka selera seperti jeruk pak ali, telurmasin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasemburutara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Tidak lengkap rasanya menikmati nasi panas bersama sambal belacan, cencalok dan budu.




Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA
Harga yang ditawarkan adalah :-
RM98 Nett untuk dewasa 
RM58 Nett untuk wargaemas dan kanak-kanak.
 

Khas untuk 2 hari pertama pembukaan, iaitu 25hb dan 26hb Mac,2023 tawaran harga yang lebih menjimatkan iaitu hanya RM75.00 sahaja diberikan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.


Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

OOTD Corner


Antara tarikan lain Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kidszone’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.


Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengantajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut dialu-alukan.


Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.




Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. 

Lepas berbuka bolehlah shopping raya di SACC Mall dan PKNS Shah Alam kerana ianya terletak berdekatan sahaja dengan Dewan MBSA.

Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event
FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event
IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event.


Buffet Ramadhan 2023 | Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Menyantuni Anak Yatim Al-Mahabbah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.