Promosi Galah Raya di Restoran Galah Gala Seafood TTDI

Promosi Galah Raya di Restoran Galah Gala Seafood TTDI- Sebagai pencinta makanan laut, saya memang cukup teruja apabila mengetahui Restoran Galah Gala dibuka di TTDI. Hanya 5 minit sahaja dari rumah ibu saya. Untuk pengetahuan semua, pemilik restoran ini juga mempunyai restoran yang cukup popular dikalangan masyarakat Lembah Klang iaitu Restoran Green View yang terletak di Petaling Jaya (lokasi paling tepat : berdekatan dengan Bulatan Rothman). Restoran Green View ini telah beroperasi selama 25 tahun.


Galah Gala Seafood Restaurant
L-3-2, Level 2, TT Gardens, Bangunan Ahp,
Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.


Dekorasi Minimalis dan Cantik
Memang cukup selesa bila berada di sini. Susunan kerusi meja yang kemas dan tersusun, tidak sarat dengan perhiasan yang berlebihan memang tampil begitu esklusif. Pelanggan boleh pilih samada untuk menikmati hidangan di bahagian luar, dalam restoran atau didalam bilik khas yang lebih privasi.

Untuk bahagian luar, ianya lebih terbuka dan seperti konsep di tepi pantai (walaupun tiada pantai mahupun pasir). Dengan pemilihan kerusi dan meja serta kemasan lantai sendiri. Menggunakan warna-warna bumi seperti coklat dan hijau, menyejukkan pemandangan mata.




Untuk didalam bilik privasi, untuk tempahan makanan minimum RM1200 dan ianya perlu dibuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


Apa yang menarik Restoran Galah Gala Seafood TTDI ini adalah restoran yang no pork dan no alcohol dan lebih istimewa semua bahan masakan adalah handmade. Ianya disediakan sendiri dari dapur masakan Restoran Galah Gala Seafood TTDI


Saya sendiri tertanya juga, apa istimewanya Restoran Galah Gala Seafood TTDI yang sering direkomen oleh rakan-rakan untuk mencuba udang galah di sini. Rupanya kesegaran dan saiz udang galah dari Restoran Galah Gala Seafood TTDI ini memang juara. Diimport dari India dan ditawarkan pada dua jenis gred iaitu U2 (extra large) dan U3 (large). Boleh nampak saiz udang galah ini jika dibandinkan dengan saiz tangan saya. Sangat besar dan padat ya isinya!

Set Galah Raya Cukup Istimewa

Untuk bulan ramadhan tahun ini, Restoran Galah Gala Seafood TTDI turut memperkenalkan beberapa set menu Galah Raya yang boleh dipilih dan dinikmati oleh pengunjung yang memilih untuk berbuka di sini. Selain daripada makanan didalam set, pihak Restoran Galah Gala Seafood TTDI turut menyediakan meja buffet (free flow) bagi minuman, kuih-muih, buah-buahan serta kurma.


Kebetulan saya hadir bersama 4 rakan yang lain, jadi kami telah memilih Set untuk 6 orang. Memang puas makan dan puas hati :-)

Udang Galah U3 : Dried Chilli

Hidangan signature paling win! Isi udang galah yang berjus, rasa kesegarannya memang padu. Dimasak dried chilli, biarpun pedas tetapi rasa memang cukup memikat. Jika korang tidak tahan pedas, boleh request untuk masak bersama Signature Noodle.

Live Siakap 1.2kg+- : Masak Kapitan

Begitu juga dengan ikan siakap disini yang bukan sahaja manis isinya dan segar. Digoreng garing dan dimasak secara kapitan. Rasa sedikir percikan lemak pedas dan ada petai ya didalamnya. Serius sedap, saya siap meratah macam itu sahaja. Walaupun sebenarnya boleh dinikmati bersama nasi putih panas-panas.

Ayam Goreng serai

Ayam goreng yang digoreng ranggup. Ada rasa percikan serai di situ. Not bad. Anak-anak mesti sukakannya. Dan mungkin juga pada mereka yang suka menikmati sajian yang ada protein daging.

Grilled Sotong with Homemade Chilli

Saiz sotongnya agak besar ya. Dan paling membuatkan saya kagum biarpun besar teksturnya sangat lembut. Teknik dalam menggril menjadikan rasa sotong ini memang sedap, lembut dan punyai keunikan tersendiri apabila dinikmati bersama sambal chilli yang dibuat khas dari dapur Restoran Galah Gala Seafood TTDI.

Sayur Brokoli Cendawan Tau Kan

Tidak lengkap rasanya hidangan tanpa sayuran. Dan selain daripada Brokoli Cendawan Tau Kan, boleh juga order sayur gorengan lain termasuklah sayur kailan.

Hidangan di Meja Buffet
Sepanjang bulan ramadhan nanti, selain set menu turut dihidangkan beberapa hidangan yang diletakkan di atas meja buffet. Ianya adalag free flow. Antaranya seperti sup, kuih-muih, kurma dan buah-buahan.

Sup ayam 

Kuih muih tradisi

Buah-buahan


Waktu Operasi:
11am-3pm 
5:30pm-10pm 
(Untuk hari biasa akan tutup setiap hari Selasa) 


Namun untuk bulan puasa bermula 29.3.2023 hingga 19.4.2023m Restoran Galah Gala Seafood TTDI akan buka setiap hari. Untuk set Galah Raya boleh buat pra tempahan bemula dari 1.2.2023 sehingga 28.3.2023 dan akan diberikan diskaun 10* daripada harga asal.


Jom berbuka puasa di Restoran Galah Gala Seafood TTDI,
Rasai kenikmatan udang galah segar dalam Galah Raya promosi.
Promosi Galah Raya di Restoran Galah Gala Seafood TTDI Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 06, 2023 Rating: 5

7 comments:

  1. i am such a big fan of seafood and i am definitely visiting this restaurant soon to try the food!

    ReplyDelete
  2. I love their food, memang sedap giller and the udang galah is the must try

    ReplyDelete
  3. Besar ye udang galah mereka, makan kat sini confirm puas hati bah lagi2 shiok time iftar nanti!

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....the udang galah really tempting for me to try la...yum yum. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. wa I like the food here! Wish to eat at Restoran Galah Gala Seafood TTDI with fam one day

    ReplyDelete
  6. Dekorasi cantik, menu2 makanan pun next level..kemain besar saiz udang galah dia kak. Puas hati dapat makan macam ni.

    ReplyDelete
  7. Suka restoran bersih dan cantik macam ni. Tenang nak makan udang galah dan boleh ootd. Hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.