Panasonic Memperkenalkan Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Paling Ringan Buatan Jepun dengan Teknologi Float-Lite

Apabila berbicara menegenai pembersihan, memilih pembersih vakum yang betul boleh memberikan perbezaan. Panasonic Malaysia telahpun melancarkan rangkaian siri Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Buatan Jepun yang diperluas dengan dua model paling ringan (MC-SB33J dan MC-SB53K) terkini yang direka untuk menjadikan pembersihan lebih mudah dan bebas tekanan minda. Ini berikutan pelancaran Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Bebas Kusut (MC-SB85K) yang dilancarkan tepat setahun lalu menjadi sangat popular dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak dan haiwan peliharaan berbulu.

Pelancaran Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic merangkumi komitmen kami selaras falsafah “Create Today. Enrich Tomorrow.”, yang mana kami yakin, meningkatkan kesejahteraan holistik adalah kunci untuk menjadikan hari esok yang lebih baik dan cerah. Model Pembersih Hampagas baharu yang dilancarkan hari ini merupakan salah satu daripada tawaran produk berkualiti tinggi kami yang bermanfaat dalam membantu orang ramai menjalani cara kehidupan yang lebih baik
kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.



Ciri utama model MC-SB33J dan MC-SB53K baharu menggabungkan Teknologi Float-Lite Panasonic dengan ciri pembersihan lantai fleksibel 360° yang menjadikannya mudah dan efisien untuk bergerak ke sudut dan ruang yang sempit. Pembersih hampagas ini juga menampilkan pemegang ergonomik baharu yang dimajukan dengan 840 paten, untuk memastikan cengkaman yang selesa dan navigasi mudah.

 






Dengan berat hanya 1.3kg, Pembersih Hampagas Panasonic MC-SB33J mungkin ringan tetapi pastinya boleh melakukan pelbagai fungsi. Ia mudah diangkat untuk membersihkan ruang yang tinggi tanpa menegangkan tulang belakang atau lengan. Pengguna tidak perlu menyusahkan diri dengan menggunakan pembersih hampagas yang berat untuk melakukan pembersihan harian kerana Pembersih Hampagas Panasonic ini berkuasa, tangkas dan cukup ringan untukdikemudi dengan mudah.


Pembersih hampagas ini juga direka dengan mengambil kira penyelenggaraan tanpa tekanan minda. Dengan keupayaan untuk membuang habuk dan kotoran dengan mudah, pengguna tidak perlu mengotorkan tangan mereka. Kotak habuk dan penapis boleh dibasuh, dan ianya mudah dibuka dan dibersihkan, menjadikannya mudah diselenggara untuk prestasi terbaik. Di samping itu, masa pengecasan yang singkat hanya 3.5 jam bermakna tidak perlu menunggu lama untuk menggunakannya semula.


Reka bentuk model pembersih hampagas baharu telah direka sebaiknya untuk gaya hidup yang harmoni pengguna. Dengan rekabentuk yang bergaya dan minimalis, ia sebati dengan citarasa setiap kediaman.
Membersih tidak seharusnya membebankan, lebih-lebih lagi jika terdapat anak kecil atau haiwan peliharaan di rumah, itulah sebabnya kami mereka bentuk pembersih hampagas yang mengutamakan keselesaan pelanggan kami. Model pembersih hampagas adalah ringan, berkuasa dan mudah dikendalikan, dan kami berharap iaakan memberikan pelanggan kami pengalaman membersih tanpa kerumitan yang di nanti-nantikan,
kata Nishida.

Apabila bercakap tentang pembersihan, rambut merupakan salah satu isu yang paling bermasalah, kerana ia cenderung terkumpul di atas lantai, permaidani, dan sofa, dan boleh menyumbat kepala dan penapis pembersih hampagas, mengurangkan kuasa sedutan. Ini adalah masalah biasa dialami kebanyakan isi rumah, terutamanya mereka yang mempunyai haiwan peliharaan. Untuk menangani isuini, Panasonic membangunkan ciri Tangle Free Power Nozzle dengan teknologi unik yang dipatenkan penggunaan berus berbentukkon untuk mengumpulkan dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum sebelum disedut masuk sepenuhnya. Model MC-SB53K dilengkapi dengan ciri Tangle Free Power Nozzle, bersama dengan ciri House Dust Sensor yang mampu mengesan zarah mikroskopik habuk dan kotoran untuk memastikan permukaanyang bersih.


Dua model Pembersih Hampagas Tanpa Wayar Panasonic baharu, MC-SB33J dan MC-SB53K tersedia untuk pembelian di semua pengedar sah Panasonic serta pasaran dan platform atas talian. Panasonic berbangga untuk menambah pembersih hampagas ini pada barisan peralatan rumahnya yang direka untuk menjadikan hari esok lebih cerah dengan meningkatkan kehidupan hari ini.


Panasonic Memperkenalkan Pembersih Hampagas Hos Pejal Tanpa Wayar Paling Ringan Buatan Jepun dengan Teknologi Float-Lite Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 10, 2023 Rating: 5

7 comments:

  1. Wah i like their electrical appliances so innovative and durable

    ReplyDelete
  2. wow i definitely need one of these in my house. cordless is always better!

    ReplyDelete
  3. Fuh. My mum kalau dapat nie memang dia bahagia betul la. Macam best beli untuk bestday dia kan

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....this is the model that I'm seeking for to add to my home cleaning routine tool, gonna check out more. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. brand Panasonic memang trusted brand, dan biasa beli barang elektrik brand ni memang kualiti tip top dan tahan lama, nnt nak beli vacuum ni pula lah

    ReplyDelete
  6. Canggih! Nell kena beli satu la since the old one dah rosak... ni check all the boxes of my requirement bah! nak try la..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.