Kempen “MIAOWMORI IKONIK Mengimbau Memori Nostalgia Bersama Snek Miaow Miaow Klasik

Pastinya kita tidak akan melupakan Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia yang kini kembali lagi bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik. Antara  perisa klasik yang sentiasa menjadi kegemaran dari zaman kecil sampailah ke hari ini seperti Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau. 


Mengingatkan memori indah di zaman kecil bersama Miaow Miaow, satu kempen “MIAOWMORI IKONIK” telah dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya. Di mana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk-produk Miaow Miaow. menyertai pelbagai aktiviti menarik di roadshow Miaow Miaow yang bermula dari 2 Mac hingga 5 Mac 2023.


Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, 
Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang. Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.

Miaow Miaow Roadshow
Memang meriah sangat! Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai produk menarik dari Miaow Miaow pada harga promosi bersempena dengan kempen “MIAOWMORI IKONIK”.

Selain itu telah disediakan juga aktiviti menarik yang boleh disertai seperti permainan tradisional yang sering kita mainkan sewaktu zaman kanak-kanak. Antaranya seperti batu seremban, ting ting, musical chairs dan pelbagai lagi.








Ada aktiviti pentas juga tau! Dan korang berpeluang juga membawa balik goodies yang disediakan daripada penganjur.



Video “MIAOWMORI IKONIK”
Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”. Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama.
Miaow Miaow telah melangkah jauh berbanding ketika kami mula ditubuhkan pada 1989, dan kini kami amat berbangga untuk berkongsi bahawa kami boleh didapati di hampir 40 negara di seluruh dunia, dengan Saudi Arabia dan China menjadi salah satu daripada pasaran terbesar kami. Selain daripada itu, kami turut menerokai peluang untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran dan berharap untuk memperkenalkan beberapa snek baharu dalam tempoh terdekat
tambah Encik Jason Ch’ng.

Snek Klasik Miaow Miaow
Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu. Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza. Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan.

 

Antara pilihan snek paling laris yang diketengahkan pada acara itu ialah:
  • Keropok Udang Miaow Miaow – Dibuat dengan udang dan disimpan pada suhu rendah bagi mengekalkan kesegarannya, snek ini dipanggang dengan teliti bagi memastikan rasa udangnya yang asli dapat dinikmati sepenuhnya.
  • Keropok Ubi Miaow Miaow – Kaya dengan rasa kentang bagi memenuhi keinginan anda dan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan.
  • Snek Kekacang Hijau Miaow Miaow – Jika anda menggemari kacang pea, anda pasti menyukai snek ini! Kacang hijau ini dibentuk unik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda.
  • Keropok Perisa Ayam Miaow Miaow – Rasa klasik zaman kanak-kanak yang membolehkan anda mengimbau dan mencipta memori indah bersama-sama keluarga. Diperkayakan dengan rasa ayam dalam setiap gigitan.
  • Keropok Perisa Sotong Miaow Miaow – Snek berperisa sotong yang pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah.
Mydin adalah rakan yang ideal untuk jerayawara ini kerana kami mempunyai sifat yang sama – mereka juga merupakan jenama Malaysia dengan warisan selama lebih 60 tahun dan mempunyai kedudukan yang mantap di seluruh Malaysia. Kami sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mydin
jelas Encik Jason Ch’ng.

Miaow Miaow mula ditubuhkan di Batu Pahat sebagai sebuah perniagaan pengagihan keluarga, ia pakar dalam penghasilan, pembekalan, dan pengeksportan pelbagai snek, dijual pada harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia dengan pelbagai gaya hidup dan budaya yang berbeza di seluruh dunia.

 

Selain daripada Mydin, snek Miaow Miaow boleh dibeli di pasar raya utama dan kedai runcit seperti Aeon, Aeon Big, TF Value, The Stores, Econsave dan lain-lain.

Jom ke roadshow Miaow Miaow di Mydin USJ!

Kempen “MIAOWMORI IKONIK Mengimbau Memori Nostalgia Bersama Snek Miaow Miaow Klasik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 03, 2023 Rating: 5

5 comments:

  1. Sneak Miaw Miaw memang favorite Kak Nina sekeluarga. Paling Kak Nina suka rasa sotong dan anak-anak pulak suka rasa kacang hijau. Wajib ada stok bila pi travel

    ReplyDelete
  2. Miaw-Miawu nie antara snek yang wajib dibeli setiap kali Rawlins ada road trip - sebab lazat dan banyak choices

    ReplyDelete
  3. brand ni dah lama kan akak? still ingat kecik-kecik suka makan yang macam jari tu fav sampai sekarang

    ReplyDelete
  4. Ohh wowo....all these snacks flavors so so good, I'm so tempting craving to enjoy , gonna restock more miaw miaw la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Yeah! its my favourite snacks and these are some of my childhood games

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.