Jom Ke Trend Raya 2023 Di Mid Valley, Raya Pasti Trendy

Jom Ke Trend Raya 2023 Di Mid Valley, Raya Pasti Trendy -  Bersesuaian dengan tagline, Lagi Trend Lagi Beraya pastinya festival jualan Trend Raya 2023 sangat dinantikan oleh semua masyarakat Malaysia.


Dengan keadaan situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, pastinya Aidilfitri 2023 kita ingin raikan dengan penuh trendy. Yup! Melepaskan kerinduan untuk beraya sakan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagi untuk kita tampil bergaya lagi ‘trendy’ pada hari raya nanti, kita perlu mendapatkan barangan kelengkapan di lokasi yang tepat. Betulkan!

Atas itu, Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke acara yang bakal dilangsungkan ini.

Menyifatkan Trend Raya 2023 sebagai sebuah hub membeli-belah, Trend Raya bertujuan menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoor- bazaar’ yang berkonsepkan ‘trendy’.


Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.
Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini
En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd.

Trend Raya 2023 akan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Melalui “Trend Raya 2023 ini juga, sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. 

Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. 

Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.


Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, “Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.”

Menariknya, pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. 

Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.

Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, Trend Raya juga akan membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Jumpa korang di sana dengan penuh trendy! 

INFORMASI ACARA: TREND RAYA 2023
TARIKH: 7, 8 & 9 APRIL 2023
LOKASI: MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (Hall 3) 
WAKTU: 10 PAGI - 10 MALAM
KEMASUKAN: PERCUMA
PENGANJUR: TODAK FUSION SDN BHD dengan sokongan 

BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD, TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION
LAYARI:

Instagram: 
https://instagram.com/mytrendfestigshid=ZDdkNTZiNTM 

Facebook:
https://www.facebook.com/mytrendfest/

Email :
mytrendfest@gmail.com 

Jom Ke Trend Raya 2023 Di Mid Valley, Raya Pasti Trendy Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2023 Rating: 5

2 comments:

  1. wahhhh bagusnya, sambil berniaga sambil salurkan ibadah kepada pihak yang memerlukan. Semoga ibadah penganjur dan peniaga sama-sama diterima oleh-NYA

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.