SUKE SHOP Telah Melancarkan SUKE GO Bersama GOKINGKONG

SUKE SHOP Telah Melancarkan SUKE GO Bersama GOKINGKONG- Satu lagi pencapaian terbaik dari SUKE TV dimana rangkaian dibawahnya iaitu SUKE SHOP, platform e-dagang berkonsepkan pembelian dari rumah hari ini telah melancarkan SUKE GO 


Untuk info, SUKE GO adalah sebuah perkhidmatan penghantaran premium yang mendapat kerjasama bersama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG.


Majlis Menandatangani Peejanjian Kerjasama SUKE GO

Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian telah diadakan dengan kehadiran Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran pengamal media dan juga wakil dari portal berita tempatan.

Antara yang menarik tentang SUKE GO seperti:-
  • Menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform SUKE SHOP. 
  • Pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka. 

Di majlis ini juga penambahan lebih 20,000 produk baharu di platform SUKE SHOP yang akan layak untuk perkhidmatan penghantaran melalui SUKE GO. Produk-produk ini terdiri daripada barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi. 


SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka.
Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri edagang tempatan
 kata Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV. 


Hadiah Menarik Ditawarkan Kepada Pelanggan SUKE SHOP
Antara hadiah menarik menanti kepada pelanggan SUKE SHOP merupakan voucher bernilai sehingga RM10 juta istimewa untuk ahli-ahli yang baru berdaftar di sukeshop.com. 

Selain itu, pembeli SUKE SHOP juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG. Hadiah adalah berdasarkan cabutan bertuah, lebih banyak korang berbelanja di SUKE SHOP makin tinggi peluang memenangi hadiah.

Sedikit InformasinTentang GOKINGKONG
GOKINGKONG ialah sebuah platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan. 

Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: 
  • lebih baik
  • lebih  pantas,
  • lebih selamat 
  • lebih berpatutan. 

GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka.


Sektor  e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. Selaras dengan itu,
GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik; dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini
 kata Desmond Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GOKINGKONG. 


Moga SUKE SHOP terus sukses menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia. Pastinya dengan kerjasama yang terjalin  seperti ini dapat meningkatkan pengalaman membeli-belah terbaik bersama pelanggan SUKE SHOP.

SUKE SHOP Telah Melancarkan SUKE GO Bersama GOKINGKONG Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 06, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Sekali dia bg 1 juta! Mmg syok laa SUKE MENANG niii 😮😮 pulak skrg ada SUKE GO!! ⚡⚡

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.