Percutian Singkat di Alia Premier KLCC Bersama VIP PASS, Memang Sangat Berbaloi



Percutian Singkat di Alia Premier KLCC Bersama VIP PASS, Memang Sangat Berbaloi- Artistik! Itulah yang dapat saya gambarkan betapa unik dan cantiknya bilik penginapan di Alia Premier KLCC. Terletak d premis Hotel Maya, lokasi di i tengah ibu kota Kuala Lumpur sememangnya kawasan yang begitu strategik bagi mereka yang datang bercuti mahupun atas urusan kerja.


Lobi hotel khas untuk tetamu Alia Premier KLCC. Ianya terletak di tingkat 3 bersebelahan dengan kolam renang. Di sini kita boleh mendapatkan kunci bilik (check-in dan check-out) dan segala yang diperlukan


Standard Room di Alia Premier KLCC sangat luas, kemas dan selesa. Semua fasiliti asas ada disediakan seperti televisyen, peti sejuk mini, peti besi (peti simpanan), tempat menggosok baju, pengering rambut, kopi/teh 3 in 1 dan barangan mandian, 


Dekorasi di bahagian belakang katil memang sangat artistik!


Begitu juga dengan bilik air. Besar, bersih dan kemas,


Antara dekorasi lampu yang mencuri perhatian saya ketika berada di sini. Cantikkan!


Pemandangan dari tingkat 3, bersebelahan kolam mandi.


Rasanya tidak lengkap jika tidak berOOTD di sini. Salah sudut di kawasan Alia Premier KLCC yang cantik.


Ruang lepak berdekatan dengan kolam renang. Duduk secara santai sambil menemani ahli keluarga atau  rakan yang turun berenang di kolam renang. 


Kolam renang di Alia Premier KLCC dibuka dari seawal 8 pagi sehingga 10 malam


Selain pusat rawatan SPA, disediakan juga gym yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam untuk kegunaan tetamu Alia Premier Hotel. Dan gym ini terletak tingkat 3, berdekatan dengan kaunter penyambut tetamu (receptionist).


Disediakan ruang lepak atau ruang menunggu disediakan di koridor di setiap tingkat. Memudahkan para pengunjung hotel menunggu sebelum menggunakan lif yang disediakan.


Merancang untuk pusing bandar Kuala Lumpur menggunakan skuter elektrik, anda boleh dapatkan servis ini yang terletak berhadapan dengan bangunan Hotel Maya.


Paling menyeronokkan di bahagian depan hotel ada kedai mamak Pelita yang dibuka 24 jam sehari. Bagi yang teringin nak makan nasi berlauk kari, roti canai, jangan lupa datang makan di sini.


Terdapat juga Lanai Food Truck yang juga teletak betul-betul berhadapan dengan hotel. Banyak pilihan makanan dan minuman yang menarik. Dan harganya tidak terlalu mahal.


Antara tarikan lain tentulah Menara KLCC. Bukan sahaja mencuri perhatian pelancong luar negara bahkan masyarakat Malaysia sendiri.


Saya juga sempat ke Pintasan Saloma yang juga terletak berdekatan dengan hotel. Hanya berjalan kaki sahaja jika hendak ke sini.


Yup! Percutian kali ini memang saya menggunakan 'Travel Pass Membership' dari VIP PASS Malaysia. Sangat berbaloi bayangkan dengan hanya RM399 kita dapat menikmati pelbagai ganjaran hebat, antaranya seperti:-

❤️ Travel pass membership yang menawarkan 7 hari 6 malam voucher penginapan hotel
❤️ Voucher penginapan boleh digunakan secara asing mahupun serentak.
❤️ Ada lebih 200 hotel (3-5 ⭐️) boleh dipilih dari seluruh negara di Malaysia.
❤️ Dengan travel pass membership ini juga melayakkan korang untuk mendapat diakaun pada servis spa dan lain-lain.
❤️ Boleh digunakan dalam tempoh masa 2 tahun. 

Keterangan lanjut korang mengenai promosi ini boleh layari:-



Terima kasih VIP PASS dengan 'Travel Pass Membership' yang ditawarkan membolehkan saya meluangkan masa bersama orang tersayang untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama. Walaupun di bandar Kuala Lumpur sahaja ternyata biarpun dekat banyak sebenarnya tempat menarik yang kita boleh lawati dan terokai.

Jom korang, rancang percutian dengan VIP PASS memang sangat berbaloi :-)

Percutian Singkat di Alia Premier KLCC Bersama VIP PASS, Memang Sangat Berbaloi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 30, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.