Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Kini Telah Dibuka

Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Kini Telah Dibuka- Metrojaya gedung membeli-belah yang cukup popular dikalangan masyarat Malaysia. Menawarkan pelbagai jenama yang cukup popular di bawah satu bumbung menjadikan faktor utama tarikan pelanggan datang berbelanja di sini.


Apa yang menarik kini Metrojaya membuka cawangan terbarunya di Lalaport Bukit Bintang City Centre. Perletakannya di tengah bandaraya Kuala Lumpur memberikan kebih banyak akses untuk pengunjung datang ke sini.


Penyanyi Farhan menyampaikan 2 buah lagu dengan cukup bertenaga

Tambahan pula, untuk Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre disediakan vendor kopi tersendiri. Akan datang  turut diadakan bengkel yang menyeronokkan untuk pelanggan mempelajari sesuatu yang baru.


Oh ya! Di Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre turut disediakan sudut instagrammable bagi memberi peluang kepada pengunjung mengabadikan momen ketika berada di sini.

Jenama Yani Bakhtiar 



Antara jenama popular yang boleh kita dapatkan dari Metrojaya Lalaport seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang dan ramai lagi.



Cape Cod


Begitu juga dengan jenama esklusif dari Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters yang sememangnya sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Encik Andrew Khoo Boo Yeow 

Menurut Encik Andrew Khoo Boo Yeow selaku Pengerusi Metrojaya Department Store, menyatakan bahawa mereka sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menghasilkan produk dalam memenuhi pilihan keperluan gaya hidup. Mengambil berat dari segi mutu dan kualiti, Metrojaya juga mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia. Sekaligus memberi peluang kepada pelanggan untuk memenuhi citarasa pelanggan.




So korang kalau nak berbelanja di Metrojaya jangan lupa untuk singgah di cawangan Lalaport Bukit Bintang City Centre ❤️
Metrojaya Lalaport Bukit Bintang City Centre Kini Telah Dibuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 21, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.