Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150 Dan Hasif Upin Dilantik Sebagai Duta

Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150 Dan Hasif Upin Dilantik Sebagai Duta- Terkini syarikat pengedaran minuman tenaga M-150 iaitu Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) telah melancarkan wajah baru minuman itu menggantikan botol bersegi yang digunakan sejak 20 tahun lalu.


Melalui fasa baru selepas pandemik Covid-19, Infra Bunga yakin ia dapat menarik lebih ramai peminat M-150 dan mampu bersaing dalam pasaran minuman tenaga di Malaysia. 


Untuk M-150 didalam botol, harga adalah diantara RN2-RM2.50. Manakala M-150 didalam tin, harga diantara RM3- RM3.50. Bergantung kepada promosi dari
kedai yang menawarkan minuman ini.


Apa yang menarik minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat ini dapat membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh dan menyegarkan minda.


Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan berfungsi untuk mengurangkan rasa keletihan.

Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.


“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana.

“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

Lip Jin menambah, kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh, jadikan M-150 sebagai teman anda.

Dengan hanya 155 kalori dalam setiap botol 150ml, M-150 adalah minuman gaya hidup sesuai untukkumpulan sasaran pengguna yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Produk berkualiti dari Thailand yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga itu boleh didapati di lebih 14,000 titik sentuh yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Pelantikan Hasif Upin Sebagai Duta  M-150

Mahu meletakkan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai, Infra Bunga melantik Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta.


Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin adalah ‘Top 3’ tiktoker Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut termasuk pengikut dari Indonesia.

Semoga dengan pelantikan itu, Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan lagi penjualan M-150 dan menarik pelanggan baru di kalangan pengikutnya.

Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.


Sedikit Info Tentang Hasif Upin

Jika sebelum ini, nama Hasif Upin, 29, lebih dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, kini anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini melangkah lebih jauh dalam industri seni sebagai penyanyi.

Muncul dengan single sulung yang berjudul Janji Sampai Mati ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan, Hasif tidak pernah menyangka tuahnya adalah dalam bidang muzik.


"Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima 'superstar pass' daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

"Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan selepas sahur Ramadan pada tahun lalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral," katanya.

Hampir semua video dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan dia sehingga kini memiliki 2.6 juta pengikut di akaun TikTok.

Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.
Pelancaran Wajah Baru Minuman Tenaga M-150 Dan Hasif Upin Dilantik Sebagai Duta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 09, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.