Kasyara Band Dari Indonesia Melebarkan Sayap Ke Malaysia

Kasyara Band Dari Indonesia Melebarkan Sayap Ke Malaysia- Band dari negara jiran tidak pernah mengecewakan! Kenalkan Kasyara yang dianggotai oleh produser serta komposer profesional Indonesia iaitu Faizal Andri Lubis bersama penyanyi berbakat besar Kensen.


Nama Kasyara adalah inspirasi dari nama arwah anak Faizal yang meninggal dunia 2 tahun lepas pada usia 7 tahun. Kasyara juga membawa maksud “tampil hebat”.


Band yang ditubuhkan pada Ogos 2021 ini telah melancarkan Album pertama mereka yang bertajuk “Diantara dan Lainnya” secara digital. 

Terdapat 11 lagu di dalam album tersebut, antaranya seperti:-
  • Gerimis Mengundang 
  • Hanya Sementara 
  • Terbang 
  • Dunia Pura-Pura 
  • Cinta Tak Bicara 
  • Ruang Hati 
  • Berbagi Langit 
  • Jangan Katakan Cinta 
  • Hampir Tak Bernafas 
  • Aku Dan Kau 
  • Peace The World
Album “Diantara dan Lainnya” kini sudah berada di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi. 

Faizal Antara Komposer Yang Cukup Dikenali Di Indonesia
Faizal banyak terlibat dengan beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band. Pengalaman hebat ini merupaka. satu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

com 
Lebih manis, Faizal sempat bersama sebahagian dari kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.

Dan kini Faizal memulakan langkah sebagai produser dengan mencungkil bakat bakat muda di Indonesia dan Malaysia.

Dalam perjalanan kerjayanya, Faizal merasakan dirinya bertuah apabila dipertemukan dengan seorang vokalis iaitu Kensen yang disifatkannya mempunyai kualiti vokal sebaik Aril daripada Noah Band.

Kensen Dari Penyanyi Underground Kini Menyerlah Di Pentas Seni Indonesia
Kensen telah mula mendapat perhatian ramai apabila tular kerana kualiti vokalnya yang memukau.
this 

Bermula sebagai penyanyi underground, Kensen banyak terlibat dengan persembahan bersama bandnya. Dan pernah menjadi artis jalanan.

Bakatnya nyanyiannya mula mendapat perhatian menerusi video yang telah dimuatnaik di platform youtube.

Kasyara Melebatkan Sayap di Malaysia
Mula sedar akan karya mereka yang berjaya memukau peminat, Kasyara akhirnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap ke Malaysia dengan menampilkan karya agung dari komposer tempatan iaitu Saari Amri sebagai single terbaru mereka.


Kasyara memilih lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam yang terkenal pada era 90an sebagai batu loncatan mereka di Malaysia.

Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu seakan memberi sinar harapan buat Kasyara.

Jelas Faizal selaku pemain keyboard Kasyara, Gerimis Mengundang versi mereka diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022.

“Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.

“Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini.

“Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

“Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara,” katanya.

Video muzik Gerimis Mengundang sedia ditonton di saluran Youtube FABIS INCORPORATION bermula 1 julai 2022 lalu dan mendapat komen positif daripada peminat.

P/S: Saya sudah 3 lagu dari Kasyara, memang mantap persembahan mereka 👌




Kasyara Band Dari Indonesia Melebarkan Sayap Ke Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 29, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.