Scott 's Gummies Dengan Multivitamin Kini Tersedia Dalam Perisa Mangga




Scott 's Gummies Dengan Multivitamin Kini Tersedia Dalam Perisa Mangga- Seperti ibu-ibu yang lain saya memang memang sering bimbang tentang jumlah pemakanan yang diambil oleh anak-anak  saya setiap hari. 

Adakah ianya mencukupi?
Bolehkah anak saya membesar sihat?

Memandangkan penjagaan kesihatan anak-anak menjadi salah satu keutamaan biasanya kita sebagai ibubapa akan selalu mencari cara baharu untuk memberikan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan anak yang sihat.


Terkini Scott’s Gummies dengan Multivitamin memperkenalkan perisa mangga. Jika sebelum ini  sudah ada  rangkaian perisa sedia ada seperti perisa Epal dan Tropika. Semuanya ini sememangnya menjadi kegemaran anak-anak.


Scott's Gummies dengan Multivitamin diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink. Ianya dirumus khas untuk kanak- kanak berumur lima tahun dan ke atas.

Apabila bercakap tentang makanan atau vitamin, kanak-kanak agak memilih kerana mereka biasanya mempunyai pilihan rasa tertentu. Oleh itu, kami memastikan Scott's Gummies dengan Multivitamin memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka,
 kata Bryan Wong, Pengurus Besar Kluster di Haleon MSB & Indo-China.


Berdasarkan IQVIA, Scott’s ialah jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia bagi Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-Kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Scott's ialah jenama warisan yang lama, terkenal dengan rangkaian emulsi dan DHAnya.


Scott’s bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott’s mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila mereka membeli-belah untuk rasa baharu Scott’s Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons. Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif ini bermula hari ini, 15 September 2022 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2022.

Sempena pelancaran perisa mangga, diwarkan juga tentang sumbangan akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan sumbing bibir dan lelangit.


Begitu juga dengan musim terbaru rancangan permainan realiti popular ‘Generasi Z’ Musim ke-2 dan ‘The Z Power’ Musim ke-3 yang disertai oleh kanak-kanak berumur antara 11 dan 13 tahun bersaing dalam pelbagai aktiviti yang mencabar mereka dari segi fizikal dan mental bagi mengukuhkan kemahiran asas mereka. 

‘Generasi Z’ yang dihoskan oleh Harris Alif akan disiarkan pada hari Ahad, 18 September 2022, 7:00 malam manakala ‘The Z Power’ yang dihoskan oleh Owen Yap dan Jordan Sen akan disiarkan pada hari Sabtu, 17 September 2022, 9:00 malam di TV3 dan 8TV.


Hadir pada majlis pelancaran yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil itu ialah Scha Alyahya dan peserta rancangan permainan realiti, Generasi Z dan Z Power Kids. Scha berkongsi pandangan tentang pilihan Scott’s Gummies dengan Multivitamin untuk anak perempuannya, manakala peserta Generasi Z Musim ke-2 dan Z Power Kids Musim ke-3 mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan kompetitif.


Jadi korang boleh dapatkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin dalam pelbagai perisa boleh didapati di semua farmasi utama, ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji atau RM12.60 untuk satu pek 15 biji.

Scott 's Gummies Dengan Multivitamin Kini Tersedia Dalam Perisa Mangga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 16, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.