Meningkatkan kesedaran konservasi dengan AIR: Sebuah Muzikal

AIR ialah satunya muzikal. Sang Harimau memanggil haiwan belantara untuk bermesyuarat tentang tindakan manusia menebang dan menggondol pokok hutan yang membawa kepada pencemaran sungai. Kesemua 7 haiwan bersama mengesahkan kesucian Ibu Bumi. Muzikal ini interaktif. Penonton dijemput untuk menyanyi dan menari bersama!


AIR: Sebuah Muzikal ialah gandingan bahu antara penulis drama/pengarah Chin San Sooi dengan gabungan muzik oleh Joanne Poh dari Somerset Music. Penonton tentu tidak sabar berinteraktif selama pertunjukan 60 minit dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan bersama para pelakon muzikal ini.

San Sooi berkata pada pelancaran media rasmi AIR di Warong Old China di Kuala Lumpur: “Saya terfikir untuk menulis drama mengenai topik konservasi apabila saya membaca tentang penggondolan hutan yang berlaku di Taman Negara di Pahang bertahun-tahun yang lalu. Hanya setakat sekarang saya dapat menjayakan karya semacam ini.”

Apabila lockdown covid bermula, San Sooi menghabiskan empat bulan yang berikut secara amat produktif, dengan hasil titik peluhnya menyiapkan 8 skrip: 2 satira, 3 muzikal, 2 monolog dan satu operetta.

Dan begitulah cerita bagaimana AIR: Sebuah Musikal mengalir menemui penonton Malaysia dalam persekitaran pasca covid ini.

San Sooi berkata: “Sebuah muzikal adalah lebih sukar untuk direalisasikan kerana ia amat mencabar untuk mengarang susunan muzik kepada lirik yang ditulis oleh orang lain.

“Saya mendekati Joanne untuk tujuan ini. Joanne sendiri adalah seorang guru menyanyi dan mengajar piano, aktif mengendalikan sekolah muzik dan biasa menyanyi dalam koir dan membuat persembahan pentas. Saya memberinya masa setahun untuk menghasilkan muzik tersebut. Saya gembira kerana beliau berjaya menyahut cabaran bersama dengan 3 pemuzik kami.


“AIR adalah usaha gabungan kami dalam satu aksi kreativiti bersama barisan pelakon. Yang paling tua ialah Hilda Looi yang berusia 61 tahun dan yang bongsu sekali ialah Kirsten Wong, 13, yang masih bersekolah.

“Bersama-sama dengan pereka Khang Nanyao, kami telah mencipta satu pentas muzikal dengan pelakon watak yang berbeza melalui pemakaian topi yang dicipta khas untuk Sang Kancil, Harimau, Gajah, Monyet dan Babi Hutan!

“Dalam cara yang kecil tetapi penting, kami berharap AIR: Sebuah Musikal akan mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang alam sekitar dan menghormati kepentingannya dengan lebih prihatin. Kami rasa muzikal ini boleh membawa kepada isu yang lebih besar seperti pemuliharaan laut dan lautan,” kata San Sooi.

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) teruja dengan muzikal ini yang menonjolkan kesedaran yang semakin meningkat di Malaysia dan di seluruh dunia tentang perlindungan alam sekitar, dan berbesar hati untuk menyokong kesedaran ini dalam bentuk kreatif.

Muzikal ini turut disokong dengan bangga oleh Warong Old China, GTM Art and Stationery Suppliers, Yudimama dan Little Heritage House.

Muzikal ini membuka tirai pada Rabu 21 Sept dengan pertunjukan setiap hari sehingga Ahad 25 Sept 2022 di DPAC, Petaling Jaya.


WATER: A Musical - Performances

21st September 2022 (Wed), 8.30PM 22nd September 2022 (Thu), 8.30PM
23rd September 2022 (Fri), 8.30PM 24th September 2022 (Sat), 8.30PM
25th September 2022 (Sun), 3.00PM

Genre: Musical Venue: Blackbox, DPAC
Performance Duration: 60 minutes

Ticket Information:
RM48.00 (Normal)
RM38.00 (Concession - Student/Senior Citizen/Disabled)
Age Limit: 5 years and above

Ticket Office:
H-01, DPAC, Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

03-4065 0001, 4065 0002

http://www.dpac.com.my/page/ticket/bookTicket/view/1132.html



Meningkatkan kesedaran konservasi dengan AIR: Sebuah Muzikal Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 02, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.