Movie Review : The Invitation

Filem terbaru The Invitation merupakan filem ‘supernatural horror’ yang telah memulakan tayangan di pawagam hari ini.


Ianya mengisahkan Evie (Nathalie Emmanuel) yang hidup sebarang kara telah mengambil ujian DNA bagi mengetahui sejarah keluarganya.


Siapa sangka beliau menemui sepupunya dan mengajaknya untuk hadir ke majlis perkahwinan keluarga yang diadakan di sebuah pekan jauh dari bandar. Di sini beliau mengenali begitu ramai ahli keluarganya yang kebanyakan lelaki dan juga kenalan keluarganya yang lain.

Banyak perkara misteri telah berlaku termasuklah pemilik mansion itu sendiri Walter.


Apakah hubungan keluarga Evie iaitu Alexandar bersama ahli lain? Siapakah Emmaline? Kenapa beliau tekad membunuh diri?

Review:
Bagi saya jalan cerita biasa sahaja. Cuma babak suspen memang banyak. Suka juga dengan keindahan mansion. Pertengahan cerita macam dah boleh agak apa yang sebenarnya berlaku. Cuma misteri 2 wanita yang tiba-tiba muncul bila part akhir baru tahu apakah peranan
mereka.


Bolehlah layan. Tidaklah membosankan sangat, hiks

p/s: Tq Rekomen Movie for the tixs ❤️

Movie Review : The Invitation Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 15, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.