BUFET MAKAN MAKAN MALAM ANTARABANGSA MENAMPILKAN BUFET FUSION JAPANESE ANTIPASTO DI RESTORAN ROYALE SONGKET MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


Tidak dinafikan masakan Jepun memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dengan adanya elemen rasa yang seimbang dengan rasa pedas cuka Jepun sudah pasti memikat selera rakyat Malaysia. Restoran Royale Songket Mardhiyyah Hotel & Suites, yang terletak di Aras Lobi memperkenalkan Makan Malam Bufet Antarabangsa yang menampilkan Bufet Fusion Japanese Antipasto.
Bufet Makan Malam Antarabangsa yang bermula pada 5 September 2022 ini menampilkan Fusion Japanese Antipasto sebagai hidangan tambahan untuk makan malam bufet pada hari bekerja. 


Bufet makan malam boleh didapatkan bermula Ahad hingga Khamis (tidak termasuk cuti am) dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan harga serendah RM 95.00 untuk dewasa, RM 65.00 untuk Warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 65.00 untuk kanak-kanak ( 6 hingga 12 tahun).

Chicken Yakitori

Chawan Mushi

Okonomiyaki

Lamb Teppan

Vegetable Teppan



Dmsum

Ayam roasted dan dagung bakar

Royale Songket menyediakan variasi hidangan Sushi seperti Makizushi, Inarizushi, Miso Glazed Edamame, Apple-Pear Chukka Idako Salad, Japanese Chilled Soft Tofu, Kanikama Chukka Wakame, Tradisional Ramen Sup dan Spicy Ramen Sup, Udon Noodle, Soba Noodle, Ramen Noodle bersama perasa, Nasi Goreng Bawang Putih Jepun, Yakitori, Chawan Mushi, Okonomiyaki dan Teppanyaki.


Manakala bagi mereka yang menggemari Tempura Mariowase, Royale Songket turut menyediakan pelbagai jenis Tempura seperti Tempura Kani, Karaage Ayam, Tempura Sayur dan Tempura Ikan.

BUFET MAKAN MALAM ANTARABANGSA

Harga: 
RM 95.00 (Dewasa)
RM 65.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas) 
RM 65.00 (Kanak-Kanak 6 hingga 12 tahun)

Hari: 
Isnin - Khamis & Ahad (kecuali cuti am) 

Masa: 
6.30 petang – 10.00 malam

Tempat: Restoran 
Royale Songket, Aras Lobi


Digalakkan membuat tempahan awal dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55118811 samb. 2612 (Restoran Royale Songket) atau 019-2616847/012- 3518284. Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM & JAIS.


Restoran Royale Songket merupakan tempat yang harus dikunjungi untuk menikmati masakan asli Malaysia dan antarabangsa. Dekorasi dalaman yang baharu melengkapkan isi ruang dengan konsep yang lebih elegan dan mendamaikan. Anda pasti tertarik dengan persekitaran mesra pelanggan yang memberi pengalaman yang cukup selesa untuk menikmati hidangan di sini.


Selangkah anda memasuki ruangan Restoran Royale Songket, pandangan anda pasti akan terpukau dengan pencahayaan dari segenap ruang yang akan melengkapkan rasa mewah restoran dalam hotel.


BUFET MAKAN MAKAN MALAM ANTARABANGSA MENAMPILKAN BUFET FUSION JAPANESE ANTIPASTO DI RESTORAN ROYALE SONGKET MARDHIYYAH HOTEL & SUITES Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 11, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.