Klinik Nur Raisha Menawarkan Rawatan Aestetik Pada Harga Berpatutan


Klinik Nur Raisha Menawarkan Rawatan Aestetik Pada Harga Berpatutan- Klinik Nur Raisha sememangnya cukup popular dengan kepelbagaian tawaran rawatan aestetik. Dikendalikan sepenuhnya oleh doktor bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini jadi tidak hairanlah klinik ini sentiasa mendapat kepercayaan pelanggannya yang ingin membuat rawatan kecantikan wajah.Apa yang lebih menarik, caj rawatan aestetik yang dikenakan pada harga yang sangat berpatutan. Untuk rawatan jeragat yang biasa, caj yang dikenakan antara RM200 hingga RM500 sahaja. Bergantung kepada jenis masalah kulit yang dihadapi.


Selain rawatan aestetik, Klinik Nur Raisha juga menawarkan perkhidmatan perubatan am seperti demam, penyakit bergejala dan lain-lain.  


Terkini Klinik Nur Raisha telah mengembangkan lagi sayapnya dengan membuka cawangan terbaru yang bertempat di Publika Kuala Lumpur. Untuk cawangan di Publika, Klinik Nur Raisha dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari kecuali Khamis (cuti rehat).


Klinik Nur Raisha juga ada menawarkan produk-produk penjagaan wajah dari jenama mereka sendiri. Produk ini dihasilkan daripada formulasi hasil penyelidikan kepakaran doktor yang hebat dalam membantu mempercepatkan proses rawatan aestetik yang dilakukan oleh pelanggan di sini.


Bilik perundingan dan rawatan di Klinik Nur Raisha agak luas dan selesa. Dengan menggunakan konsep minimalis bersama kemasan dekorasi gabungan warna putih dan merah jambu menjadikannya  sangat cantik dan sedap mata memandang.


Setiap rawatan di sini akan menggunakan peralatan berteknologi tinggi yang dibawa khas daripada Korea dan juga Amerika Syarikat. Ini bagimemastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan Klinik Nur Raisha.


Mesin yang digunakan bukan sahaja dari teknologi terkini tetapi ianya menggunakan laser yang impaknya lebih pantas daripada biasa, selamat dan tanpa rasa sakit semestinya.

Antara Rawatan Aestetik Yang Ditawarkan Dari Klinik Nur Raisha


Kebiasaannya pelanggan yang datang ke Klinik Nur Raisha adalah untuk merawat masalah jeragat di wajah yang mereka alami. Untuk info, masalah jeragat merupakan masalah yang biasanya dihadapi dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya apabila usia mereka memasuki 30-an. 

Baik lelaki mahupun perempuan, tidak kira bangsa ramai yang mengalami masalah jeragat di muka. Selain itu terdapat juga rawatan lain yang disediakan disini seperti pembuangan kutil di wajah (skin tag), rawatan jerawat, pembuangan tahi lalat, mengurangkan pigmentasi, mencantikkan kulit, melasma laser dan pelbagai lagi.

Antara testimoni bergambar boleh dilihat pada gambar yang disertakan di bawah:-

Rawatan Keratosis

Rawatan parut jerawat

Pembuangan tahi lalat

Rawatan laser keratosis

Caj rawatan yang dikenakan di sini memang cukup berpatutan. Paling penting tiada caj yang tersembunyi (hidden charge). Contohnya pelanggan akan  mendapat konsultansi daripada doktor terlebih dahulu sebelum menerima rawatan. Jika pelanggan bersetuju dengan caj yang dikenakan barulah rawatan diteruskan. Ataupun mengikut bajet pelanggan sendiri bagaimana rawatan terbaik yang boleh dilakukan. 

Jom Kenali Pengasas Klinik Nur Raisha

Klinik Nur Raisha telah mula beroperasi pada tahun 2017. Nama Nur Raisha diambil bersempena dengan nama anak pemilik klinik ini iaitu Doktor Wan Hidayu binti Wan Ahmad. Untuk info, Dr Wan Hidayu memperolehi ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Malaya pada tahun 2011. Dan beliau sendiri pernah bertugas di Hospital Sungai Buloh, Pusat Darah Negara serta klinik kesihatan.


Disebabkan minatnya begitu mendalan dalam bidang aestetik beliau kemudianyan telah melanjutkan pelajaran dengan mengambil Diploma Perubatan Aestetik dari Akademi Perubatan Aestetik Amerika. Dr Wan Hidayu mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kecantikan dan beliau juga pakar dalam membuat rawatan jerawat, laser untuk rawatan parut, filler dan thread lifting.


Doktor Wan Hidayu juga merupakan seorang usahawan wanita yang bercita-cita untuk memperkembangkan lagi rawatan aestetik ini ke setiap negara. Ini sekaligus membuka peluang kepada lebih ramai usahawan yang berminat untuk berkaloborasi sama dan juga tawaran pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Jom Dapatkan Rawatan Aestetik di Klinik Nur Raisha
Adalah sangat penting kita mengambil berat dan memberi penjagaan terbaik kepada wajah. Baik lelaki mahupun perempuan, perlu ada kesedaran tentang kerpeluan membuat rawatan aestetik. Bagi saya sendiri ianya satu pelaburan jangka masa panjang agar kulit wajah tetap kekal berseri-seri dan kita akan tampil lebih yakin diri.

Untuk mereka yang berminat mendapat rawatan di Klinik Nur Raisha bolehlah hubungi klinik untuk membuat temujanji ataupun walk-in samada ke :-

Klinik Nur Raisha Publika
A2-1-2 Solaris Dutamas No 1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur

Klinik Nur Raisha Puncak Alam
No 20 Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, 42300 Puncak Alam, Selangor
TEL : 03-33938625
Keterangan lanjut boleh layari: 
Klinik Nur Raisha Menawarkan Rawatan Aestetik Pada Harga Berpatutan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.