Kitalah Juara Lagu Esklusif Bersama MILO® Nyanyian Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan

Kitalah Juara Lagu Esklusif Bersama MILO® Nyanyian Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan- Melangkah lebih jauh dalam membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO® iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan pada acara final Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO.


Persembahan buat pertama kalinya pada Hari Malaysia bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Imi juga adalah bersempena dengan acara akhir kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO iaitu Larian Malaysia Boleh Bersama MILO®


Untuk info, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos yang lalu melalui siri jelajah van MILO® ikonik bagi meraikan semangat perpaduan dan muhibah bersama MILO®.


Lagu Kitalah Juara merupakan satu lagu yang ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa. 

 Amir Masdi, Ayda Jebat dan Jestinna Kuan penyanyi lagu Kitalah Juara

Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum. 


Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO® dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan oleh MILO® sejak tahun 1993.
Sebagai seorang penggemar MILO® sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui.
Prashan, Melakaboy

Lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni. Antaranya seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac, Adam Sang, Catherine Yap dan Hoe Hui Ting.


Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.


‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.
Kitalah Juara Lagu Esklusif Bersama MILO® Nyanyian Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 18, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.