Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih Kini Telah Dibuka


Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih Kini Telah Dibuka - Terkini Lulu Group telah membuka pasar raya kelima mereka di Setia Eco Hill Mall. Sebagai salah sebuah organisasi runcit terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara  pembukaan Lulu Hypermarket di kawasan Semenyih ini sekaligus memberi kemudahan membeli-belah yang dapat memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 penduduk setempat.


Dan saya antara pengunjung yang begitu teruja diatas pembukaan Lulu Hypermarket di sini. Dengan keluasan sekitar 36,000 kaki persegi bersama konsep rekabentuk ruang runcit terkini memberi lebih kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang berbelanja.

Luas, kemas dan bersih


Sepertimana yang kita boleh dapat lihat dari mana-mana Lulu Hypermarket terdapat beberapa bahagian produk yang dikelaskan dan disusun dengan kemas bagi memudahkan pelanggan membuat carian. Ada bahagian bakeri, masakan panas, barangan kering, hasil Buatan Malaysia, Daging, Ikan, Penjagaan Diri, Lulu Fashion Store, Lulu Celebrate (saree dan lain-lain), Lulu Connect dan pelbagai lagi.

Masakan panas

Bahagian Alat Tulis dan Permainan di Tingkat 2

Untuk info, LuLu Fashion Store menampilkan label fesyen tempatan dan antarabangsa manakala LuLu Connect menawarkan peralatan elektronik termasuk telefon pintar dan peralatan rumah.

Lebih meriah terdapat Promosi Pembukaan yang berlangsung dari 15 sehingga 18 September 2022 yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Oh ya! Disediakan juga hadiah percuma untuk pelanggan awal dan ini juga menjadi tarikan utama pelanggan berpusu-pusu hadir semasa pembukaan.

Promosi Pembukaan Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih


Serius! Sangat berbaloi. Tawaran harga promosi pembukaan memang jauh lebih murah dari pasaran. Memang rata-rata pelanggan yang datang tidak akan melepaskan peluang mendapatkan produk yang ditawarkan pada harga promosi.

Antara produk yang ditawarkan pada hari promosi sehingga 18 September 2022 seperti:-

Ikan Kembong RM1 (setiap seekor)
Ikan Talapia RM5.90 (Setiap seekor)

Ayam RM4.99 sekilo

Madu Asli RM14.99 per Kg
Minyak Zaitun RM4.99 250ml
Bawang kisar, serai dan halia kisar, diskaun 30%

Nasi Arab Mandhi RM9.99 per set

Ayam Goreng RM1.99 setiap ketul

Lulu Roti Kentang RM2.49 
Croissant RM6.99 5 biji
Donut RM1.99 1 biji

Set Sushi RM9.99

Lulu Slab Kek Aneka RM5.99

Timun RM1.99 Per Kg
Tomato RM2.69 Per Kg

99 sen 1 biji

Aishifa Madu Asli RM17.90

Nutrigen rm2.99

Mister Potato RM2.69

Cadbury RM7.49

Milo Activ-Go RM3.49

Milo Soft Pek RM14.90

Minyak Buruh 5Kg RM29.90

Sabun TOP RM18.75

Syampu Rejoice RM7.79

Dasheng Racing Car RM20

Lulu Shop Trolley bag RM49.99

Bantal Kapas RM15

Wirata Periuk Nasi RM25

Samsung Mesin Basuh RM999

TV LG 65' RM2799


Dan banyak lagi barangan yang dijual pada harga promosi. Sanagat berbaloi. Murah dari harga pasaran.

Kehadiran Maskot dan Sampling Makanan/Minuman Percuma


Sambil-sambil membeli-belah bolehlah kita mencuba sendiri pelbagai makanan dan minuman sampling dari jenama yang mengambil bahagian. Selain itu kehadiran maskot ke acara pembukaan juga dapat menarik perhatian  pelanggan dalam mempromosikan produk mereka di Lulu Hypermarket.

Pastinya Lulu Hypermarket menawarkan variasi pilihan produk berkualiti tinggi pada harga rendah di bawah satu bumbung.

Jom ke Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih :-)
Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih Kini Telah Dibuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 15, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.