Supercube Tetap Menjadi Pilihan Biarpun Ada Persaingan

Supercube Tetap Menjadi Pilihan Biarpun Ada Persaingan- Supercube minuman herba pertama didalam bentuk kiub mempunyai permintaan yang agak tinggi dikalangan masyarakat Malaysia. Biarpun hari ini terdapat persaingan daripada jenama lain namun Supercube masih utuh menjadi pilihan ni.1. 

Untuk pengetahuan semua pada awal pengenalan Supercube adalah untuk membantu lebih ramai masyarakat yang terkesan akibat daripada Covid 19. Bermula pada tahun 2020, pengurusan Supercube sudah mula merangka sistem perniagaan bagi membantu untuk mereka yang berminat berniaga tanpa menggunakan sebarang kos. Bukan itu sahaja bahkan tanpa sebarang risiko, tanpa perlu uruskan pengeposan dan membantu mereka yang langsung tiada pengalaman berniaga menerusi kelas-kelas perniagaan.


Pelancaran Produk Baru - Superbytes
Supercube sebelum ini sudah memiliki 6 produk iaitu 4 varian Supercube Molasses Herbs Drinks, Soothe Mist (minyak angin moden) dan Teresak Exfoliator (skrub yang diinspirasikan untuk ibu yang sedang berpantang).  

Dan di Majlis Makan Malam Gala dan Penyampaian Anugerah, Supercube telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Superbytes. Makanan yang juga dalam bentuk kiub ini merupakan coklat putih campuran oat dan kuran. Ianya sangat sesuai dinikmati di bulan ramadhan kerana dapat memberi tenaga ketika menjalani ibadah puasa.

Saya sendiri sudah mencubanya dna ternyata memang rasanya sungguh sedap dan mengenyangkan. Kudapan ringkas yang perlu ada di setiap rumah.


Majlis Makan Malam Gala dan Penyampaian Anugerah


Malam yang cukup meriah dengan kehadiran top-top leader Supercube, begitu juga dengan artis yang dijemput sama meraikan di majlis makan malam yang pernuh bermakna. Ini termasuklah duta Supercube Amyra Rosli, penyanyi jemputan Hazama dan pemain biola berbakat Aqmal Daniel.


Begitu juga dengan ibu bapa pengasas serta guru-gurus bisnes yang banyak membantu perjalanan perniagaan Supercube selama ini turut hadir sebagai sokongan kepada jenama ini.


Amyra Rosli hadir dengan berbusana hijau bersama ibunya yang tercinta. Sikap ramahnya cukup disenangi, tidak hairanlah mengapa beliau telah dilantik menjadi duta Supercube.


Pemain biola Aqmal Daniel menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu menerusi gesekan daripada biolanya. Memang sangat berbakat Aqmal Daniel, persembahannya cukup menghiburkan. Begitu juga dengan penyanyi Hazama yang menyampaikan 5 buah lagu dengan cukup bertenaga pada malam tersebut.


Penyampaian Anugerah Kepada Usahawan Supercube


Menurut pengasas Supercube, Puan Hayla Amira ke semua jutawan yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ. Walaupun baru setahun, Supercube telah membantu lebih 26 ribu usahawan untuk sama-sama membina perniagaan mereka bersama Supercube.

Untuk tahun 2021 pencapaian jualan adalah melebihi 20.5 juta ringgit telah dicapai oleh Supercube. Dan seramai 15 orang jutawan Supercube telah dijemput ke malam penghargaan ini bagi menerima anugetah berprestij daripada pihak HQ.


Antaranya seperti Puan Nadrah Fazlina seorang ibu kepada 3 cahayamata yang telah mencapai jualan RM5,033,631. Puan Nadrah antara usahawan pioneer yang terlibat dalam bisnes Supercube dan kini mempunyai 5000 leader dan ejen dibawahnya.


Berkongsi tentang kejayaannya, Puan Nadrah yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa menceritakan pada awalnya beliau menyertai Supercube kerana hendak membantu ekonomi keluarga. Tetapi siapa sangka hasil kerja keras dan kehebatan produk Supercube itu sendiri boleh membantu beliau mencapai pendapatan 5 angka sebulan. Puan Nadrah bukan sahaja boleh membawa suaminya mengerjakan umrah bahkan beliau juga mampu membelikan ibu dan ayahnya sebuah kereta baru.

Puan Nadrah juga menekankan tentang kehebatan produk Supercube yang menyebabkan jenama ini boleh bergerak lebih jauh dan mudah dipasarkan. Biarpun terdapat produk baru lain yang hampir sama di pasaran namun jenama Supercube masih tetap relevan dan mendapat permintaan.



Supercube Pioneer Award- Puan Nurul Asyikin dan 
2021 Newlife Ambassadors Award Puan Norsyazwani Afidah.



Malam yang penuh warna-warni menyaksikan jutawan Supercube menerima penganugerahan diatas kejayaan mereka dalam target jualan Supercube. Tahniah diucapkan pada semua yang berjaya mencapai nilai jutaan dalam jualan.


Ternyata Supercube membantu ramai usahawan di luar sana. Dari surirumah biasa sehingga mencapai ke tahap jutawan berjaya. Biarpun begitu banyak persaingan daripada jenama minuman herba kiub yang lain namun Supercube tetap utuh dan sentiasa mendapat permintaan dari rakyat Malaysia.
Supercube Tetap Menjadi Pilihan Biarpun Ada Persaingan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 28, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Teringin nak cuba Supercube ni, masa puasa nanti macam akan membantu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact Syima jika berminat dengan supercube. Whatsapp 0199593125. Atau boleh tekan link www.wasap.my/60199593125/nakcubasupercube

      Delete
  2. Rawlins tak try lagi Supercube tapi jingle dia memang sangat melekat dalam fikiran. Nak try satu boleh?

    ReplyDelete
  3. Ohhh produk minuman ker kita baru tahu ingat macam kiub makanan coklat ker atau makanan tambahan hehehe nampak gaya kena cuba ni...

    ReplyDelete
  4. Baru tau ada produk supercube ni dan nampak best sangat. Nak cuba la satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact Syima jika berminat dengan supercube. Whatsapp 019-9593125

      Delete
  5. Supercube ni memang dah dikenali dan mmg berkualiti. Sebab tu pengguna dia still cari supercube walaupun banyak lagi pilihan lain...

    ReplyDelete
  6. Hai semua, saya Syima agen Supercube. Jika berminat nak cuba supercube atau nak jadi agen, boleh whatsapp 019-9593125

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.