Produk Agro Dari Kanada Menjadi Pilihan Jenama Antarabangsa Dari Seluruh Dunia

Produk Agro Dari Kanada Menjadi Pilihan Jenama Antarabangsa Dari Seluruh Dunia- Kanada adalah negara terbesar di hemisfera barat berukuran 3,854,083 batu persegi (9,984,670 kilometer persegi). Untuk info, Kanada juga merupakan negara ketiga terbesar di dunia dengan kepadatan penduduk seramai 37.5 juta.


Apa yang lebih menarik negara Canada menawarkan pasaran  agro dinamik yang disokong oleh ekonomi yang inovatif dan komuniti perniagaan yang mesra. Selain itu negara ini juga terkenal di dunia kerana keupayaannya dalam pelbagai sektor dan mempunyai 14 perjanjian perdagangan bersama dengan 49 negara. Nah! Ternyata Kanada menawarkan persekitaran yang ideal dan terbaik untuk perniagaan dan pelaburan.



Antara Sumber Agro Terbaik Dari Kanada
Berikut adalah sumber agro terbaik dari Kanada sepertimana yang telah disampaikan oleh Thomas Abols, First Secretary and Trade Commissioner High Commission of Canada di Malaysia

i. Soya
Kacang soya merupakan tanaman ladang ketiga terbesar di Kanada. Selain daripada kualiti kacang soyanya yang terbaik (mengandungi sumber protein yang tinggi). Tidak hairanlah kacang soya dari Kanada sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari syarikat besar dari seluruh negara.

ii. Canola
Sebagai negara yang asalnya memperkenalkan canola ke pasaran dunia pada tahun 1960-an, Kanada adalah peneraju dunia dalam pengeluaran dan eksport produk canola.


Ditanam, dituai dan diproses mengikut piawaian tertinggi, canola Kanada menawarkan kualiti dan pemakanan yang terbaik. Dan Canolein merupakan produk baharu yang menarik dan bebas paten menggabungkan minyak sawit dan Canola.

iii. Bijirin dan Gandum
Setiap tahun, Kanada menghasilkan lebih daripada:
32 juta tan gandum
8 juta tan barli
3 juta tan oat

Penyelidikan pertanian di Kanada mempunyai cara tradisi yang telah diguna pakai untuk tempoh yang agak lama. Dan kini telah diperkenalkan dengan teknologi baru yang dapat menambah baik  ciri pemprosesan bagi tujuan memenuhi pasaran.


iv. Ginseng

Panax Quinquefolious Ginseng (aka Ginseng Amerika Utara atau NAG) berasal dari Kanada dan merupakan salah satu dagangan tertua dari Kanada. Ginseng ini ditemui pada awal 1700-an berhampiran Montreal oleh Paderi Jesuit dan telah telah menjadi sumber perdagangan bernilai selama 300 tahun. Industri ginseng di Kanada bukan sahaja tanaman eksport hortikultur yang ditanam dalam kawasan yang luas dan terbesar. Bahkan ginseng merupakan tanaman yang sangat bernilai dalam warisan dan sejarah Kanada.


v. Makanan laut
Dibatasi oleh lautan di tiga penjuru - Pasifik, Artik dan Atlantik - merupakan sistem tasik air tawar terbesar di dunia, Kanada menawarkan kepelbagaian dan kualiti terbaik makanan laut.

Canadian Dish, memang semuanya sedap!

Perairan Kanada yang bersih dan sejuk mengandungi lebih daripada 160 spesies ikan dan kerang, dan Kanada telah mengeksport produk makanan laut segar, beku, salai dan dalam tin ke setiap sudut dunia.

Tradisi memancing dikalangan masyarakat Kanada telah bermula lebih daripada 4 abad lamanya dan kini masih diteruskan juga.


Antara Jenama Terkenal Menggunakan Sumber dari Kanada

Turkey Hill, Con Natur

Yeos, SoyFresh

The Little Potato Company

Breton

Gardenia

McCain


Perkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan Kanada (TCS)
The Canadian Trade Commissioner Service (TCS) / Perkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan Kanada ialah organisasi kerajaan yang telah memudahkan perdagangan dengan Kanada sejak tahun 1895. Memiliki rangkaian pejabat di lebih 160 bandar di seluruh Kanada dan di serata dunia, memberi kemudahan akses kepada syarikat Kanada dan antarabangsa yang ingin menjalankan perniagaan. 

Dengan adanya pengetahuan mendalam tentang pasaran global serta informasi sektor industri Kanada, TCS boleh membantu dari segi perolehan strategik, pelaburan, inovasi atau pada institusi yang berminat untuk rakan kongsi pendidikan di Kanada. 

Secara tingkas TCS menawarkan :-

Pembelian Dari Negara Kanada
TCS juga boleh membantu memperkenalkan organisasi yang paling sesuai yang dapat memenuhi keperluan pelabur atau syarikat yang berminat dengan produk, perkhidmatan dan teknologi tinggi dari Kanada. 

Melabur di Kanada 
Peluang untuk membuka perniagaan dan membuat pelaburan di Kanada pasti akan memperolehi pelbagai manfaat daripada ekonomi yang stabil dengan kos perniagaan yang kompetitif, persekitaran yang selamat dan inklusif serta tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran. 

Pelaburan secara profesional akan membantu perancangan strategik sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat berinovatif. Dan Kanada ialah peneraju dunia dalam sains dan teknologi dengan keupayaan yang kukuh merentasi pelbagai sektor. 

Apa yang penting TCS dapat menghubungkan dengan rakan kongsi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbaik di Kanada.

Peluang usahasama bidang pendidikan di Kanada 
Kanada mempunyai beberapa kemudahan penyelidikan dan institusi akademik terkemuka dunia.TCS boleh menghubungkan institusi dengan universiti serta kolej yang terbaik, biasiswa dan rakan kongsi R&D yang berpotensi serta penyedia perkhidmatan pendidikan dan latihan.


Banyak rupanya produk agro yang hebat-hebat dari Kanada. Dari segi kualiti dan penawaran kuantiti memang terbaik. Tidak hairanlah sehingga kini produk agro dari Kanada sentiasa menjadi pilihan jenama antarabangsa dari seluruh dunia


Produk Agro Dari Kanada Menjadi Pilihan Jenama Antarabangsa Dari Seluruh Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 23, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Wahhh gardenia pon guna sumber dari canada. Bagusnye ada open untuk pelaburan di sana

    ReplyDelete
  2. Wah banyak tu. Product sumber dari Kanada.

    ReplyDelete
  3. Minyak Zaitun tu kalau memang dari Kanad, so betul kualiti tu, kalau tak baca ni memang tak juga ni...

    ReplyDelete
  4. Baru tahu rupanya banyak produk dari malaysia gunakan sumber bahan mentah dari kanada... patutlahh negara kanada ni terkenal

    ReplyDelete
  5. Pak cik tinggal di kanada, Dan kata produk ini high quality. Lagipun semua natural sgt bagus

    ReplyDelete
  6. Yah there are many good canadian products, will check out more about it.

    ReplyDelete
  7. Pernah tau minyak Canola. Baru tahu di sesetengah negara, Rapeseed (rogol) dipanggil "zaitun utara". Tak sangka Yeso gardenia semua asal dari agro Kanada. Ingat dari Malaysia. Hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.