Suasana Pembelajaran Kondusif Ditawarkan Di Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens


Suasana Pembelajaran Kondusif Ditawarkan Di Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens - Baru-baru ini saya sempat menghadiri ke pelancaran Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens. Untuk pengetahuan semua Beaconhouse merupakan sekolah antarabangsa yang beribu pejabat di UK. Sehingga kini sekolah ini mempunyai banyak cawangannya di seluruh dunia. Antaranya seperti United Kingdom, Oman, Negeri Arab Bersatu, Pakistan, Filipina, Belgium, Thailand dan Malaysia sendiri. Sejak 45 tahun Beaconhouse menawarkan pendidikan dari pra-sekolah sehingga tahap post graduate. Dan sehingga kini Beaconhouse Malaysia mempunyai 14 sekolah di sekitar Lembah Klang.


Terletak di atas bukit berdekatan dengan kawasan kejiranan, Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens menawarkan sesi pembelajaran yang sangat kondusif khas untuk anak-anak pra sekolah. Sekolah ini masih berada di fasa 1 dan dijangkakan dalam proses untuk ke fasa 2 yang akan menyediakan pelbagai fasiliti seperti gelanggang basketball, kolam renang dan pelbagai lagi.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mr. Alister Batholomew (Beaconhouse Malaysia Regional Director) bersama Ms Larissa Chan (Executive Director Commercial Real Estate of Gamuda Land).


Mr. Alister Batholomew dalam ucapannya berasa teruja diatas kolobrasi antara Beaconhouse dan Gamuda Land. Ini kerana misi Becaonhouse adalah ke ara kemampanan generasi seterusnya pada masa akan datang. Tambah beliau lagi, Beaconhouse msememangnya memberi penekanan pemeliharaan alam sekitar didalam pendidikan sejak mereka di awal persekolahan lagi. Dan dengan kedudukan Beaconhouse Pra Sekolah yang terletak di Gamuda Gardens adalah yang paling tepat memandangkan persekitaran dikelilingi lestari kehijauan.


Ms Larissa Chan dalam ucapannya sangat mengalukan kedatangan Beaconhouse ke kawasan kejirangan Gamudn Gardens. Penubuhan sekolah Beaconhouse bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk bandar Rawang bahkan kepada komuniti Gamuda Gardens ini juga.


Persembahan yang cukup bertenaga dengan paluan gong dan juga tarian singa menghiburkan penonton yang datang ke majlis perasmian pembukaan Beanconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens.


Persekitaran Sekolah Yang Menyokong Pembelajaran Kondusif



Setiap kelas bilangan murid memang sedikit. Ini bagi memudahkan guru memberi penumpuan kepada pelajar. Saya juga tertarik dengan fasiliti yang disediakan dalam setiap kelas.


Susun atur barangan anak dalam ekadaan teratur dan kemas.





Kemas, selesa dan bersih.




Disediakan juga beberapa fasiliti yang dapat menyokong pembelajaran kanak-kanak. Contohnya seperti bilik STEM yang mana didalamnya bukan sahaja mempunyai peralatan sains dan teknologi. Bahkan turut disediakan  komputer untuk kegunaan pelajar.




Pendidikan bukan sahaja belajar di kelas semata-mata. Bahkan Beaconhouse turut menerapkan 'Belajar Sambil Bermain' yang mana pelajar akan lebih seronok kerana sambil bermain mereka akan belajar tentang sesuatu.


Kedudukan sekolah di kawasan kejiranan yang tidak sibuk. Bebas dengan kenderaan yang banyak menjadikan Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens adalah kawasan yang selesa dan selamat untuk kanak-akank

Pelajar juga digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada GParks Rangers iaitu satu program yang mendidik anak untuk memelihara alam sekitar. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan melalui bengkel dan siri jelajah.

Dan Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens ini masih dibuka pendaftarannya untuk anak-anak yang berumur 4 sehingga 12 tahun. Pendaftaran boleh dilakukan di GParks Nature School di Gamuda Gardens Waterfront Village.

Untuk info lebih lanjut boleh layari : www.beaconhouse.edu.my

Suasana Pembelajaran Kondusif Ditawarkan Di Beaconhouse Pra Sekolah Gamuda Gardens Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 25, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.