Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll-Up Wraps 2022



Jenama Gardenia cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Bagi menyokong tabiat pemakanan sihat dikalangan masyarakat Gardenia telah menganjurkan Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll Up Wraps 2022. Di mana didalam program ini para pelajar dan guru bekerjasama menjana kreativiti dalam merekacipta resipi makanan sihat bersama produk Gardenia Roll-Up wraps. #RollingHealthyWithRollUpWraps



Program ini juga adalah usahama bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang turut menghantar wakilnya bagi menyaksikan acara akhir Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd.


#RollingHealthyWithRollUpWraps
Untuk acara akhir ini pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.



Biarpun pelajar yang menyertai baru berada di peringkat sekolah menengah. Siapa sangka hasil hidangan yang disediakan cukup kreatif, sedap dan paling penting kaya dengan nutrisi lengkap sebagai pemakanan yang sihat.

Sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian secara aktif dalam program hibrid ini yang melibatkan persidangan atas talian dan pengaktifan fizikal di sekolah-sekolah bagi usaha melahirkan tabiat pemakanan yang lebih baik walaupun berdepan pandemik. Perkara ini patut dibanggakan oleh kita semua kerana kejayaan program ini bukan sahaja membantu menyemai tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar malah telah membuktikan bahawa kita semua telah berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu
kata Rosniza binti Hussin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps bermula pada penghujung tahun 2021 di mana pelajar dan guru dari 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah berkumpul dalam persidangan atas talian yang mana juga merupakan pelancaran program tersebut. Taklimat di atas talian tersebut kemudiannya disusuli dengan pengedaran Gardenia Roll-Up Wraps di sekolah-sekolah berikut. Poster dan papan rentang yang penuh berinformasi tentang amalan pemakanan sihat juga diletakkan di sekitar pekarangan sekolah bagi senantiasa mengingatkan pelajar tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat.

 Wakil dari setiap sekolah terdiri daripada satu pasukan yang dianggotai oleh seorang guru pembimbing dan tiga orang pelajar. Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps dan menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej "Tabiat Pemakanan Sihat". 

Video itu kemudiannya dimuatnaik di media sosial dengan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk dinilai oleh panel juri dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Entri tersebut kemudiannya disenarai pendek kepada hanya lima resipi terbaik yang bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir pada hari Sabtu 26 March 2022 di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Lima sekolah yang tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary dan SMK Taman Setiawangsa.

Syabas Kepada Semua Pemenang
Resipi yang memenangi tempat pertama ialah The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri. Kumpulan ini dibentuk oleh Haslina Ramli sebagai guru pembimbing, bersama Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil dari Tingkatan 5. Menurut Haslina, kumpulan itu mengambil masa empat hari untuk menghasilkan resipi yang sempurna dan beberapa siri percubaan dan kesilapan terlibat dalam mendapatkan resipi yang tepat.

Pemenang Pertama - SMK SERI PERMAISURI – THE PERMAISURI
Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, Adeem Khairil, Pn. Haslina Ramli  & Pn Rozita Ahmad
Hadiah Wang Tunai RM2000 dan sijil penyertaan


Pemenang Kedua - SMK ST MARY 
Maria Nur Natasha, Nor Rohafizah Nadhira , Nur Syaqina Afiqah & Pn. Nurul Effarin
Hadiah Wang Tunai RM1500 dan sijil penyertaan


Pemenang Ketiga - SMK SENTUL UTAMA 
Muhamad Azam Adib Jungazman,Muhamad Hafiz Sharizan, Pn.Siti Nur Adlieelah & Pn.Siti Nur Sarah
Hadiah Wang Tunai RM1000 dan sijil penyertaan


Pemenang Saguhati  -SMK TAMAN SETIAWANGSA
Nur Umairah, Nur Faiqah Dayana, Irdina Balqis, Pn Zuliana Abdullah Khabib & Pn Junaidah Jusoh
Hadiah Wang Tunai RM500 dan sijil penyertaan


Pemenang Saguhati -SMK BANDAR TASIK SELATAN
Siti Alia Faihana, Isroq Balqis, Muhamad Danish Iskandar dan Pn.Nor Akmal Adam
Hadiah Wang Tunai RM500 dan sijil penyertaan

Tabiat pemakanan sihat perlu diterapkan pada usia muda. Dengan itu, #Rollinghealthywithrollupwraps adalah sebahagian daripada harapan yang lebih tinggi untuk memperkasakan belia dengan makan dengan lebih sihat. Kempen ini bukan sahaja menyediakan informasi pemakanan, ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka yang diharapkan dapat menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat. Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah, Just Wrap It
 kata Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.



Di majlis yang sama turut diadakan demonstrasi menyediakan Gardenia Roll-Up Wraps daripada Chef Marina. Hidangan yang disediakan memang sangat ringkas dan mudah. Bukan sahaja mengenyangkan, rasanya enak dan paling penting lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Moga Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll-Up Wraps 2022 ini dapat mendidik masyarakat Malaysia terutama generasi muda tentang kepentingan menyediakan makanan berkhasiat dalam tabiat pemakanan harian. Dan pada masa yang sama dapat mengasah kreativiti anak-anak muda dalam merekacipta resipi makanan sihat bersama produk Gardenia Roll-Up wraps. #RollingHealthyWithRollUpWraps

Nota kaki : Program tahunan yang terbaik dan patut diteruskan. Syabas Gardenia dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program Amalan Pemakanan Sihat Bersama Gardenia Roll-Up Wraps 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.