Juvenile Justice Siri K-Drama di Netflix Mengangkat Kisah Remaja Bermasalah

Juvenile Justice Siri K-Drama di Netflix Mengangkat Kisah Remaja Bermasalah- Aku jenis suka juga cerita serius dari drama Korea. Walaupun 80% memang aku suka cerita ringan ada sentuhan komedi. Tapi Juvenile Justice siri k-drama serius terbaik untuk pembukaan tahun 2022.

Ianya kisah mengenai mahkamah juvana, bagaimana seorang  hakim mengadili kes. Dan kita sendiri tahu hakim juga manusia biasa yang juga tidak terkecuali dengan masalah mereka yang sendiri. Drama korea10 episod ini turut mengupas isu seperti kes buli, keganasan rumah tangga, rogol , pelacuran dan segala yang berkait dengan jenayah remaja.


Masalahnya jenayah yang dilakukan oleh remaja bawah 16 tahun, ini bukan jenayah biasa. Selalunya bila kita menghakimi pesalah, kita pasti kaitkan dengan keluarga terutama ibubapa mereka. Dan biasanya kita letakkan hukuman lebih kepada bentuk pendidikan/ pembelajaran.

Persoalannya adakah pesalah juvana ini benar-benar berubah??


Menonton Juvenile Justice membuatkan saya sedar perbezaan istilah menghukum dan mendidik. Mana yang lebih terbaik. Begitu juga peranan hakim penentu hukum. Bagaimana nak dapatkan bukti yang kukuh. Adakah kita mengejar masa untuk selesaikan semua kes tertunggak ataupun kita mengambil masa yang begitu banyak untuk satu-satu kes.


Kudos kepada pengarah dan penulis skrip Juvenile Justice yang banyak mempertaruhkan emosi para hakim dan pesalah serta mangsa dalam satu kes perbicaraan. Bagaimana apabila mangsa terus menjadi mangsa dan pesalah tiada rasa bersalah.

Kita akan rasa benci dan meluat dengan sistem kehakiman. Tapi hakikat undang-undang tetap undang-undang. Tidak ada seorang hakin pun boleh atau dibenarkan menjatuhkan hukuman luar bidang mereka.
Saya memang rekomen anda untuk menonton drama ini. Kita pasti akan lebih faham bagaimana kes Juvana itu diadili. Percayalah setiap apa yang dipaparkan ada fakta serta rujukan.

Soroton selepas menonton 10 episode Juvenile Justice, saya memang sebulat suara bersetuju tanggungjawab mendidik bermula dari rumah dan keluarga sendiri. Itulah sebenarnya permulaan kehidupan remaja. Kita kena ambik tahu dengan siapa mereka bergaul dan kenali anak-anak dengan lebih dekat. Adakah emosi mereka dalam keadaan baik dan sebagainya.

Yup!. Sesuai untuk tontonan semua. Drama ini masih lagi ditayangkan Netflix 


Juvenile Justice Siri K-Drama di Netflix Mengangkat Kisah Remaja Bermasalah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 17, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.