Reckitt Pastikan Jemaah Rasai Suasana Masjid Bersih Ramadan Ini

Reckitt Pastikan Jemaah Rasai Suasana Masjid Bersih Ramadan Ini - Bulan Ramadan semakin hampir. Reckitt hari ini melancarkan siri usaha pembersihan masjid untuk menyambut bulan mulia. Usaha itu selaras dengan keputusan kerajaan membenarkan solat berjemaah tarawih pada tahun ini.


Reckitt, sebuah syarikat yang mengeluarkan jenama isi rumah terkenal iaitu Dettol, Harpic, Vanish dan Air Wick antara lain-lain, memulakan kempen Reckitt Ramadan 2022 dengan pembersihan menyeluruh tiga buah masjid dalam kawasan Lembah Klang. Masjid-masjid termasuk Masjid Al-Imam Al-Ghazali, yang terletak di Kepong; Masjid As-Salam di Puchong Perdana; dan Masjid Jamek Kampung Baru, di pusat bandar Kuala Lumpur.


Kempen Reckitt Ramadan 2022 adalah sebahagian daripada beberapa usaha kami untuk berbakti kepada masyarakat selepas mendapat kepercayaan yang amat tinggi daripada rakyat Malaysia sepanjang peristiwa wabak yang lalu. Kami mahu jiran-jiran yang beragama Islam berasa tenang dan selamat ketika menunaikan solat tarawih selepas mengetahui masjid tempat mereka bersolat telah dibersihkan secara menyeluruh dengan menggunakan produk-produk dipercayai termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, diiringi oleh udara Air Wick yang harum
kata Justin Lee, Pengarah Pemasaran, Kebersihan dan Dettol Malaysia, Singapura dan Vietnam.


Bagi setiap usaha pembersihan, satu pasukan yang terdiri daripada lapan orang termasuk seorang penyelia dan tujuh kakitangan pembersihan yang terlatih secara profesional ditugaskan untuk pembersihan tersebut. Proses pembersihan setiap masjid mengambil masa lebih kurang 8 jam, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang. 


Tumpuan khusus dibahagikan kepada empat kawasan utama termasuk kawasan lobi pintu masuk, kawasan solat, kawasan wudhu, dan kawasan tandas. Kawasan-kawasan ini dibersihkan menggunakan produk dipercayai Reckitt sendiri termasuk Dettol, Vanish dan Harpic, ditambah dengan aroma penyegar udara Air Wick yang menyegarkan.


Menurut Lee, syarikat itu berharap usaha pembersihan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di lokasi yang disasarkan. Lee kemudian menambah bahawa syarikat itu ingin mengekalkan momentum kempen dan berhasrat untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dari semua kaum dan lokasi pada masa akan datang.

Reckitt Pastikan Jemaah Rasai Suasana Masjid Bersih Ramadan Ini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.