Maaf Single Terbaru Dari Izmir Fareez

Maaf Single Terbaru Dari Izmir Fareez- Maaf merupakan tajuk untuk single terbaru dari Izmir Fareez. Antara bait didalam lirik Maaf ini adalah mengisahkan  seorang suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri. Ini kerana beliau tidak sempat memohon maaf dari isterinya itu.


Izmir Fareez yang cukup sinonim dalam dunia dakwah tanah air, meneruskan langkah kerjayanya dengan menyertai industri muzik. Lagu Maaf ini adalah ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir Fareez sendiri bertindak sebagai penulis lirik.

Lagu Maaf ini telah dicipta pada tahun 2020 dan ianya bukanlah berkisarkan  tentang kekeluargaan  tetapi ianya menceritakan kisah kematian seseorang, Kebetulan dari 2 tahun lepas negara kita menghadapi pandemik. Berita tentang kematian saban hari kita akan dengar disebabkan oleh wabak ini.


Namun setelah dipersembahkan lagu Maaf ini kepada Along Exist, beliau mengatakan lagu ini berbunyi jiwang 90an ini tidak sesuai dengan kematian tetapi lebih kepada percintaan. Akhirnya lirik yang berkisarkan percintaan ini digubah kembali sendiri oleh Izmir Fareez dan disebabkan kekangan pandemik, mengambil 2 tahun untuk disiapkan. Ini disebabkan terbatasnya pergerakan merentas daerah dan sebagainya.

Secara ringkas Maaf adalah sebuah lagu mengisahkan penceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama 3 tahun. Setelah hidup berumahtangga yang mereka bina, hanya isterinya seorang sahaja yang menunjukkan  rasa cinta da kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu. Manakala si suami semakin lama hidup berumahtangga semkain pudar cinta dalam hatinya terhadap isteri.


Sehinggalah isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Dan suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan perlakuan serta layanannya selama ini kepada isterinya. Penyesalan yang dirasai tidak boleh mengubah apa-apa dan hanya mengharapkan isterinya mengampunkan dosa yang pernah dilakukan di akhirat nanti.

Lirik lagu : Maaf
Tiada kata ku ungkapkan
Resah jiwa yang kerinduan
Tiada cinta ku temukan
Setulus yang kau berikan

Ku biarkan cinta kita
Pudar saat hidup bersama
Tanpa lelah kau setia
Hingga kau pergi selamanya

Tiada guna kusesali
Engkau tak mungkin kembali

Tinggallah sendiri
Mengenang kembali
Cinta yang kau beri
Tak pernah ku peduli

Berakhirlah sudah
Kenangan bersama
Hanya ku pinta agar
Kau maafkan ku di sana



Pengambaraan video muzik lagu Maaf telah diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dan dijalankan selama 2 hari di Alor Setar dan Sunagi Petani Kedah. Bagi setiap urusan pengambaraan diuruskan oleh Imtiaz dari Kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu Maaf.

Muzik video Maaf boleh ditonton di laman youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Kkbox dan juga di saluran radio tanah air.

Nota Kaki:
Terima kasih diatas undangan dan memang sangat sedap nasi ambeng dari Dulang Cafe TTDI.

Buat Izmir Fareez moga lagu Maaf ini sukses! Suka dengan bait lirik lagunya. Penuh makna tersirat :-)
Maaf Single Terbaru Dari Izmir Fareez Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.