Sedaplah Produk Terbaru RTE LengQuas, Beli Siap-Siap Stok Untuk Berbuka dan Sahur


Sedaplah Produk Terbaru RTE LengQuas, Beli Siap-Siap Stok Untuk Berbuka dan Sahur- Baru-baru ini saya sempat menghadiri ke Hari Terbuka LengQuas bertempat di Dapur Setempat Kopetro. Sebagai seorang peminat produk LengQuas memang  saya seronok sangat datang ke sini, kebetulan memang Kopetro memang ada buat jualan murah produk mereka (harga kilang). Kenalah beli buat stok berbuka dan bersahur bagi memudahkan urusan harian terutama di hari-hari yang sibuk.


Rupanya sekarang LengQuas ada mengeluarkan 5 produk RTE (ready to eat) terbaru. Ini sesuai dengan permintaan dikalangan pelanggan yang mahukan lebih banyak pilihan hidangan yang penyediaan sangat mudah iaitu hanya panaskan sahaja.

Lima produk terbaru dari LengQuas seperti:-
Ayam Cili Padi
Puff Daging
Ikan Merah Kukus
Ayam Pedas Korea
Daging Perap Beku


Beria tau kitaorang makan. Pulak tu jenis makan ramai-ramai. Memang banyak kali jugalah menambah nasi. Sebabnya lauk-pauk yang dihidangkan semua dari produk LengQuas (RTE) yang sememangnya enak belaka.


Macam lauk kenduri kahwinkan, hiks. Oh ya! Di Hari Terbuka LengQuas turut dibuka pengambilan agen produk LengQuas. Ramai juga yang hadir untuk mendaftar sebagai agen LengQuas, produk yang senang dijual dan ada pasaran. Zaman sekarang memang ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan. Terbaiklah Kopetro buka peluang seperti ini :-)


Memang Sedap Produk Terbaru RTE LengQuas


Apa yang saya suka tentang produk RTE LengQuas ini ialah ianya menggunakan bahan-bahan premium, disediakan penuh teliti, bersih dan halal tanpa was-was. Selain daripada harganya tidaklah terlalu mahal memang mampu beli tidak kira siapa sahaja termasuklah mereka dikalangan yang berpendapatan B40 sampailah T20.


Cara nak panaskan hidangan RTE LengQuas sangatlah mudah. Hanya buka sedikit pembungkusan RTE tersebut (ada setengah orang dia buat lubang dengan cucuk di bahagian atas dengan garfu).


Seperti saya hanya panaskan didalam microwave dalam masa 2 minit sahaja. Korang boleh juga panaskan didalam kuali (keluarkan sahaja hidangan dari pek dan panaskan) ataupun masukkan didalam air fryer (tapi kalau menggunakan kaedah pemanasan seperti ini hidangan RTE itu perlu diletakkan dibekas yang sesuai ya!). 



Memang sedap Daging Perap Berbeku. Bayangkan tekstur dagingnya sangat lembut dan perapan dia sangat padu rasanya. Untuk mereka yang suka hidangan pedas bolehlah mencuba ayam cili padi. Menikmati kedua hidangan ini saya terus teringat kakak ipar di kampung yang memang gemar hidangkan kami sekeluarga lauk-pauk ini setiap kali kami berkunjung ke rumahnya.


Tiga hidangan RTE LengQuas yang terbaru ini diperkenalkan salah satu faktornya adalah untuk mengembangkan pasaran bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia. Ini adalah antara menu popular yang digemari oleh masyarakat antarabangsa.


aju mas-issneunn (read : sangat sedap) Ayam Pedas Korea LengQuas ini ya! Ini adalah hidangan yang terpaling anak-anak saya suka. Berebut ya makan Ayam Pedas Korea LengQuas ini. Kalau nak extra sedap boleh balut ayam pedas korea dengan limpahan keju. Fuhhh. Macam-macam anak saya mereka suka nikmati Ayam Pedas Korea ini bersama mee segera.


Ikan merah kukus, siapa yang suka hidangan ala-ala diet tanpa lemak dan minyak. Boleh cuba hidangan ini. Cuma untuk Ikan Merah Kukus LengQuas untuk panaskan kena beri sedikit extra time. Saya buat dalam 5 minit. 


Bila kita buka dan lihat isinya memang persembahan hidangan sangat bergaya ya! Ada hirisan cili diatasnya dan nampak menyelerakan juga.


Puff Daging RTE LengQuas is a must try. Ala-ala Beef Wellington tapi versi Asia, ahaks. Ada sayuran dan juga sos yang didatangkan bersama didalam pek. Nak nikmati makanan barat pada bila-bila masa. Bolehlah beli stok Puff Daging RTE LengQuas. 


Btw daging dia sangat lembut dan berjus. 


Kita dah cuba korang bila lagi. Cepat dapatkan produk RTE LengQuas terbaru di mana-mana pasaraya,  kedai serbaneka seperti MyNews ataupun boleh membuat pembelian di atas talian [KLIK SINI]. Semuanya di hujung jarikan! 


Wajah-wajah gembira bertemu di Hari Terbuka,
Makan kenyang beria-ia tak ingat dunia,
LengQuas alternatif lauk bersahur dan berbuka,
Mudah disediakan pilihan terbaik untuk keluarga!

Sedaplah Produk Terbaru RTE LengQuas, Beli Siap-Siap Stok Untuk Berbuka dan Sahur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 30, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Kit apunpeminat lengquas, memang banyakpilihan dan mudah disediakan. Bila ada produk baru ni kena cuba ni

    ReplyDelete
  2. Dapnya la. Daku pun dah kena start stock makanan RTE nie and LengQuas adalah salah satu yang memudahkan insan bujang masak di waktu sahur

    ReplyDelete
  3. Wahhh semua dia dah cuba yg baru ni hehehe tak boleh jado.. kita suka rasa Puff Daging tu kegemaran... Memang dalam peti penuh stock tuk sahur ni senang hehehehe....

    ReplyDelete
  4. produk baru ni, nampak sedap pulak RTE LengQuas ni. InsyaALlah blh cuba.

    ReplyDelete
  5. Kita dah pernah beli, memang senang gilerrr.. banyak pilihan menu juga dan sedap...

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak ada produk RTE LengQuas ni nti senang hendak hidangan masa sahur

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.