Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria yang dinanti-nantikan Seluruh Rakyat Malaysia

Ibu bapa seperti saya yang mempunyai anak kecil dan juga haiwan peliharaan kesayangan memang mengakui antara cabaran yang dihadapi adalah untuk memastikan ruang kediaman kekal bersih lebih-lebih lagi dalam suasana semasa, dengan lebih banyak masa dihabiskan di dalam rumah. 

Terkini Panasonic telah memperkenalkan Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut). Dan bagi saya sendiri ini adalah solusi terbaik buat ibu bapa. Bayangkan dengan menekan hanya satu butang, kita boleh membersihkan helaian rambut dan habuk daripada lantai dan permaidani. 

Didatangkan dalam tiga pilihan, pembersih vakum serba baharu Panasonic sedia menjadi alat pembersihan terulung bagi kediaman yang dihuni anak kecil dan haiwan peliharaan.

Tiga pilihan vakum Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) adalah seperti berikut:
o MC-SB85 – versi biasa (egular)  2.0kg
o MC-SC30 – versi ringan 1.6kg
o MC-SBV01 – heavier duty model dengan kapasiti 0.6litre, berat  2.3kg

Kanak-kanak dan haiwan peliharaan pasti menceriakan mana-mana rumah tangga, tetapi ibu bapa sentiasa bimbang sama ada persekitaran cukup bersih dan selamat untuk mereka yang tersayang. Di Panasonic, kami memahami kerisauan ibu bapa yang sentiasa mahu memberikan perlindungan terbaik kepada keluarga mereka, sebab itulah kami telah mereka cipta alat yang bukan sahaja menjamin kebersihan, tetapi juga menjadikan proses pembersihan begitu mudah. Ibu bapa pasti tidak keberatan untuk melakukan kerja pembersihan apabila melihat betapa cekap dan menyenangkan rangkaian produk
pembersih vakum kami
kata Keisuke Nishida, Timbalan Pengarah Urusan, Panasonic Malaysia.


Dari kiri 
1. Ms. Mari Takeda, Department Head, AVC/Laundry & Living System, Panasonic Malaysia
2. Mr. Keisuke Nishida, Deputy Managing Director of Panasonic Malaysia
3. Mr Fumiaki Tanaka Director, Consumer Product Marketing & Customer Service Panasonic Malaysia
4. Mr Jonathan Ang, General Manager of Appliances Product Marketing & Customer Service, Panasonic Malaysia


Dalam bab mengemas dan membersih rumah, rambut sering menjadi masalah besar – bukan sahaja ada
pada lantai, permaidani dan sofa, malah menyekat kepala pembersih vakum dan menyebabkan penapis tersumbat, lantas menjejaskan kuasa penyedutan. Masalah umum ini memang menjadi rungutan ramai pengguna, terutamanya yang mempunyai haiwan peliharaan. 

Muncung Kuasa Bebas Kekusutan 
Untuk menangani masalah tersebut, Panasonic telah membangunkan teknologi baharu, dalam berus berbentuk kon, untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya. Teknologi berpaten unik ini menjadikan muncung kuasa bebas kekusutan satu ciri eksklusif bagi jenama dan membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya.


Muncung kuasa bebas kekusutan ini juga disalut dengan plat ion yang turut membantu kerja tambahan membasmi bakteria daripada lantai. Ciri ini berguna untuk membersihkan bulu haiwan peliharaan yang
bergerak bebas di dalam dan luar rumah kerana plat ion meneutralkan mikron yang dibawa dari luar
rumah.

Paling penting ibu bapa dengan anak kecil yang juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah mendapat jaminan bahawa si manja mereka boleh merangkak di atas permukaan lantai yang lebih bersih dengan hanya memvakum lantai.

Sensor Habuk Rumah Sedia Terbina Khas


Pembersih vakum pegang tanpa wayar baharu Panasonic juga memastikan ruang kediaman bebas habuk dengan sensor habuk rumah sedia terbina khas untuk mengesan dan melaraskan kuasa sedutan secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan.

Penggunaan tenaga yang cekap in melanjutkan masa pengendalian pembersih vakum dan mengurangkan bunyi ke paras yang boleh diterima jika kuasa sedutan lebih tinggi tidak diperlukan. Selepas menyedut, habuk dan kotoran mengalir ke dalam sistem penapis antisumbat pengadang tanpa karat, dan diperangkap untuk memudahkan pembersihan selepas itu.

Kuasa Sedutan Yang Hebat, Mudah Dibersihkan
Dari segi kuasa, pembersih vakum ini menggunakan kuasa sedutan 150W yang mampu bertahan
sehingga 85 minit 1 , memberikan cukup masa untuk pengguna membersihkan seisi rumah. Tidak perlu lagi melaraskan tahap kuasa hanya untuk melihat pembersih vakum tanpa wayar kehabisan bateri dan
mengganggu kerja pembersihan.


Dari sudut penyenggaraan pula, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 baharu direka bentuk untuk menyenangkan kerja membersih tanpa kerenah. Pembuangan habuk dan kotoran boleh dikendalikan dengan hanya menekan satu butang tanpa perlu mengotorkan tangan kotak habuk boleh dicuci sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang hama habuk yang berterbangan. Ciri ini berguna terutamanya bagi ibu bapa yang perlu menguruskan pelbagai kerja rumah.


Sangat Ringan dan Praktikal 
Pembersih vakum seberat hanya 2.0kg ini adalah ringan, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan
untuk membersihkan tempat-tempat lebih tinggi. Reka bentuk minimalis dan bergaya alat ini sesuai
diletakkan mana-mana bahagian dalam rumah apabila sedang digunakan atau apabila disimpan.
Pembersih vakum pegang tanpa wayar Panasonic juga disediakan dalam dua lagi pilihan dengan pelbagai ciri untuk memenuhi keperluan berbeza. Model MC-SB30 yang seberat 1.6kg, ialah versi ringan yang berfungsi dengan sangat baik dalam ruang yang tinggi dan sempit, meringankan kerja membersihkan tangga dan di bawah perabot. 

Badan yang ringan ini menempatkan motor kompak kecekapan tinggi dan sistem pacuan yang membekalkan kuasa tinggi 100W, dan berus unik berbentuk V yang mengumpulkan habuk dengan cekap dan memindahkannya kepada saluran sedutan pusat di dalamnya untuk pembersihan yang rapi. Dengan dua jenis hujung bulu, berus ini melenyapkan zarah habuk halus dari lantai, permaidani dan permukaan lain.

MC-SBV01 

Manakala model MC-SBV01 pula adalah untuk kegunaan lebih berat dengan kapasiti besar 0.6 liter dan
kuasa 20W untuk pembersihan lebih menyeluruh. Muncung kuasanya dipacu sendiri untuk pembersihan
lebih pantas dan dengan lampu LED yang dipasang untuk membantu pengguna menyedut setiap zarah
habuk di ruang yang sukar dilihat. Pembersih vakum tanpa wayar seringan 2.3kg ini mengagihkan 1.5kg
berat daripada unit utama ke bahagian pemegang untuk mewujudkan pusat graviti lebih tinggi – ini
melanjutkan ciri serba guna pembersih vakum supaya boleh dipakai dari lantai ke siling. Kedua-dua model MC-SBV01 dan MC-SB30 dilengkapi dengan sensor habuk rumah, sistem penapis antisumbat dan ciri-ciri pembersihan mudah.

MC-SB30


Panasonic Vakum ini boleh didapati di kedai-kedai wakil penjual sah di seluruh negara dan juga gedung dalam talian Panasonic, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 dijual pada harga runcit RM2,799. MB-SC30 boleh didapati pada harga runcit RM1,199 dan MC-SBV01 pula dijual pada harga RM699.

Vakum Panasonic Terbaru Pilihan Terbaik
Bagi saya sendiri vakum Panasonic terbaru ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Selain sangat ringan. Teknologi Jepun yang diperkenalkan terutama dari kuasa sedutan dan sensor habuk memang ohsem.

Dengan anak kecil yang suka mengutip apa sahaja di lantai. Memang saya kena pastikan lantai sentiasa bersih. Apatah lagi rambut saya mudah gugur dan memang saya kena rajin membersihkan rumah. Sebab saiznya kompak, penyimpanan tidak memakan ruang dan rumah lebih tersusun dan kemas.


Jom Dapatkan Vakum Pegang Tanpa Wayar Panasonic
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Panasonic Malaysia.

SB30:  https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-
sb30jw147.html

SBV01:https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-
sbv01w147.html

Mengenai Muncung Bebas Kekusutan: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-
appliances/vacuum-cleaners-learn/article/say-good-bye-to-tangling-of-long-hair-and-pet-hair.html

Mengenai Sensor Habuk Rumah: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-
cleaners-learn/article/what-is-house-dust-how-to-reduce-dust-in-your-house.html

Panasonic teknologi Jepun memang terbaik!
Panasonic Lancarkan Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kusut & Basmi Bakteria yang dinanti-nantikan Seluruh Rakyat Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 10, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Wah. Meriah dan sangat sofistikated fungsi yang ada kan. Kat rumah tu masih pakai yang wayar nyer tapi am ok sebab rumah kecil. Boleh beli for my mum nie

    ReplyDelete
  2. Ruby ingat nak beli yang MC-SBV01. Senang takyah nak berwayar bagai tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rubu=y akk intat pun nak dapatkan satu... senang letak kat bilik utama hehehe

      Delete
  3. Saya ada jenama vacuum ni, tapi bukan Panasonic la. Nanti kalau yang sekarang ni rosak saya blh cuba la.

    ReplyDelete
  4. oh my god i am so excited for this launch. cant wait to try it out soon!

    ReplyDelete
  5. Memang best bila guna vacuum pegang tanpa wayar. Mudah dan tak tersangkut-sangkut masa dok sedut semua habuk-habuk kan. Lebih mudah untuk kita membersihkan kawasan ceruk yang sukar digapai.

    ReplyDelete
  6. Vacuum yang ada ni pun dah start buat hal la, kebetulan pulak baca artikel ni.. on time betul :) nak usha cordless vacuum ni la nanti... menarik ye..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.