Outlet Ketiga Wirdora Kini Telah Dibuka Di IOI Mall Putrajaya



Outlet Ketiga Wirdora Kini Telah Dibuka Di IOI Mall Putrajaya- Syabas Wirdora diatas pembukaan outletnya yang ketiga di IOI Mall Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, ini adalah outlet Wirdora yang ketiga dan terbesar setakat ini iaitu berkeluasan 370 kaki persegi. Apa yang lebih mengagumkan dalam masa tempoh setahun sahaja, Wirdora berjaya membuka 3 cawangan iaitu di KLCC, KL East Mall dan juga yang terkini di IOI Mall Putrajaya.

Outlet di IOI Mall Putrajaya berkonsepkan elegan dan moden ini letaknya di tingkat 1 bersebelahan dengan butik Bokitta. Dengan menggunakan warna putih dan tatarias deko minimalis menjadikan outlet Wirdora di IOI Mall Putrajaya ini tampil begitu esklusif. Ini sesuai dengan elemen produk yang diperkenalkan iaitu premium dan berkualiti tinggi.



Majlis perasmian outlet ketiga Wirdora ini telah disempurnakan oleh pengasas Wirdora iaitu Puan Wirdalina Tauhed  bersama suaminya Khairool Anwar Laksama, bonda pengasas dan juga selebriti Hawa Rizwana.


Pengasas Wirdora

Pembukaan outlet ini juga adalah antara impian pengasas Wirdora ini sendiri. Ini kerana menurut beliau, ramai dikalangan peminat Wirdora suka melihat produk ini secara fizikal berbanding menerusi gambar di laman web atas talian. Kepuasan lebih dirasai jika dapat diteliti dari dekat dan mencuba sendiri sebelum membeli.

Pelbagai pilihan kerongsang tudung

Cantik dan berkualiti premium

Dengan keadaan persekitaran outlet yang kemas dan selesa, pelanggan boleh melihat sendiri lebih 300 pilihan koleksi Wirdora yang ditawarkan dari serendah harga RM10 sehinggalah RM500. Antara koleksi produk Wirdora yang ditawarkan termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal dan shawl, pelitup muka, stokin tangan serta inner hijab, butang baju melayu, tas kerongsang dan pelbagai lagi.

Pelbagai pilihan rekaan dan warna

Sempena pembukaan outlet ini, Wirdora turut menawarkan pelbagai promosi menarik. Ini termasuklah pemberian diskaun serta hadiah istimewa buat pelanggan mereka.



Antara pilihan koleksi Wirdora yang cukup menarik

Memang cantik-cantik koleksi Wirdora. Memang rambang mata untuk memilihnya. Ini kerana setiap satu koleksi Wirdora memang unik dan premium. Tidak hairanlah biarpun telah diperkenalkan sejak tahun 2017, namun jenama Wirdora tetap utuh sehingga hari ini. Kualitinya memang terbaik setanding dengan jenama besar di pasaran dunia.

Pelbagai jens rekaan tudung bawal dan shawl

Begitu juga dengan koleksi tudung. Ada pelbagai jenis corak serta rekaan samada shawl mahupun bawal. Memenuhi kehendak pasaran fesyen muslimah hari ini, ditawarkan juga bersama kerongsang dan peniti tudung jenama Wirdora. Jadinya memberi peluang untuk muslimah hari ni bergaya menggunakan aksesori yang cantik dan tahan lama.

Tahniah Puan Wirdalina Tauhed

Untuk dapatkan produk Wirdora, boleh terjah mana-mana outlet Wirdora samada di KLCC, KL East Mall mahupun IOI Mall Putrajaya. Selain itu pelanggan boleh juga hubungi dengan ejen atau dropship sah Wirdora yang dilantik.

Keterangan lanjut boleh layari www.wirdora.com

Nota kaki: Sebagai wanita berhijab saya memang cukup gemarkan koleksi Wirdora. Koleksi yang ditawarkan semuanya cantik, berkualiti dan tahan lama. Apa yang pasti, aksesori Wirdora yang boleh menaikkan seri penampilan diri :-)

Outlet Ketiga Wirdora Kini Telah Dibuka Di IOI Mall Putrajaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 20, 2022 Rating: 5

4 comments:

  1. saya baru tahu jenama ni... nampak dari gambar cantik2, ada masa boleh pergi cuci mana ni. salan perkenalan. jom follow saya back

    ReplyDelete
  2. mana saya nak tick follow awak? heheheh x jumpa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.