FinCrew.my - Laman Web Terbaru Yang Bakal Memudahkan Pembelian Insurans Kenderaan Secara Online Buat Rakyat Malaysia

Setiap pemilik kenderaan di Malaysia tentunya telah tahu akan kewajipan untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka setiap tahun. Insurans kenderaan ini akan diperbaharui serentak dengan pembaharuan cukai jalan. Tanpa insurans kenderaan, sesebuah kenderaan itu dianggap tidak selamat untuk bergerak di atas jalan raya. Dahulu, pemilik kenderaan terpaksa mencuri sedikit masa untuk ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat pos untuk memperbaharui cukai jalan dan juga insurans. Ada juga yang menggunakan khidmat ejen untuk menjadikan urusan mereka ini lebih mudah. Tetapi kini, sesuai dengan perkembangan zaman, urusan memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kini boleh dilakukan secara online sahaja. Terdapat banyak laman web diluar sana yang memberikan kelebihan untuk pengguna membandingkan sebut harga serta pelindungan insurans yang sesuai dengan keperluan serta kemampuan mereka.


Terbaru, sebuah laman web baharu iaitu FinCrew.my telah dilancarkan untuk memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan pembelian insurans kereta mahupun motosikal mereka secara atas talian. Segala urusan pembelian ini boleh dilakukan dengan masa sepantas 3 minit sahaja. Dengan segala maklumat hanya di hujung jari, pengguna laman web ini akan mudah untuk membuat perbandingan terhadap jenis-jenis polisi insurans dari pelbagai syarikat insurans yang ada di negara ini. Ini akan membantu para pengguna untuk membuat keputusan yang tepat dan pantas tentang polisi insurans yang bersesuaian dengan kehendak mereka. FinCrew juga turut bekerjasama dengan nama-nama besar dalam dunia insurans di Malaysia seperti AXA Insurance, Kurnia Insurance, RHB Insurance, Etiqa Insurance dan juga Zurich Insurance.

Untuk menggunakan laman web ini, pengguna hanya perlu memasukkan keperluan mereka ke dalam borang sebut harga online yang disediakan. Setelah itu, pengguna akan diberikan pelbagai perbandingan sebut harga berdasarkan maklumat yang diisi tadi. Kemudian setelah berpuas hati, barulah pengguna akan dihubungkan terus ke laman web syarikat insurans pilihan berdasarkan sebut harga yang telah dipilih. Ini tentunya memudahkan serta mempercepatkan proses memperbaharui insurans kenderaan bagi para pengguna. Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh menjimatkan wang mereka kerana mereka boleh melihat perbezaan harga yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans ini. Jadi pengguna mampu untuk mendapatkan polisi bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu melayari laman web rasmi FinCrew.
FinCrew.my - Laman Web Terbaru Yang Bakal Memudahkan Pembelian Insurans Kenderaan Secara Online Buat Rakyat Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 04, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Wah... sngnya dah blh beli insurance kenderaan melalui online FinCrew.my jd memudahkan urusan bg yg ada kenderaan

    ReplyDelete
  2. Eh menarik la sepantas 3 minit je! Ok park dulu sbb bulan 5 roadtax insurance mati wakakaka

    ReplyDelete
  3. wow, menarik, alternatif terbaik selain Myeg ni.

    ReplyDelete
  4. Bagus kan. Satu lokasi untuk pelbagai kegunaan bagi memudahkan urusan pengguna. Lagipun pengguna maybe banyak jenis kenderaan kan, so kalau dah tersedia di satu lokasi, senang.

    ReplyDelete
  5. Wow! Terbaik ada platform macam ni ye, boleh settle urusan dalam 3 minutes sahaja.. efficient dan boleh try la guna platform ni for next cycle... (Y)

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this new platform to buy car insurance online, its so convenient and fast.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.