Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18 Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.


Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.



Pelanggan Durioo+ akan mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.



Pengasas Durioo, Sinan Ismail berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. "Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.
Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 01, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. This is sooooooo nice. I'm sure Durioo will be a big hit. Insya-Allah. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, usaha yang baik dari pihak durioo. moga terus sukses aamiin

    ReplyDelete
  3. looks like an amazing app that can benefit muslim children around the world!

    ReplyDelete
  4. Bdk2 tentu suka tgk Durioo+ blhlah nti klu nak langgan

    ReplyDelete
  5. Wowo ... absolutely a good recommendation for all Muslims kids to enjoy this amazing app. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Wow! Good to have platform macam ni kan sekarang, more kid-friendly especially for the Muslim viewers... sampai promo kat luar negara kan platform ni? Good job!

    ReplyDelete
  7. Bagus ni, lebih banyak peluang kepada syarikat and anak tempatan untuk mengasah bakat dalam industry animasi ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.