Best Western Hotel i-City Shah Alam Menawarkan Pelbagai Sajian Kegemaran Masyarakat Malaysia Sepanjang Ramadhan 2022

Kebanyakan masyarakat Malaysia memang pencinta makanan. Apatah lagi ketika di bulan puasa, selera pasti akan menjadi luar biasa. Dari hidangan tradisi warisan lama sehingga masakan viral terkini ada ditawarkan di Best Western i-City Hotel Shah Alam.


Yup! Memang rambang mata untuk memilihnya. Lebih seronok jika dapat berbuka bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Dengan pelbagai pilihan menu tidak sukar sebenarnya untuk memenuhi citarasa setiap pengunjung buffet ramadhan di sini.


Lokasi tempat berbuka adalah di tingkat 5 Best Western Hotel i-City Shah Alam. Sangat cantik! Terutama di bahagian kawasan terbuka kita akan dapat lihat pelbagai bangunan tinggi dan lampu warna-warni yang begitu indah di depan mata.


Hidangan Utama Yang Begitu Menyelerakan

Antara hidangan utama yang perlu dicuba adalah seperti Ayam Percik Kelantan, Ayam Penyet, Rendang Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ketam Gulai Nenas, Udang Goreng Kunyit, Ketam Kari, Sotong Sambal Hijau, Kambing Varuval, Ketam Lemak Cili Api, Tempe Goreng Berempah dan Kari Udang.



8 Gerai Yang Menawarkan Masakan Panas-Panas


Selain itu akan ada 8 gerai yang menghidangkan masakan dan minuman panas-panas. Antara masakan yang kita boleh dapatkan dari gerai seperti Daging Soup, Mee Tongek, Oden bersama Tomyam atau sup Kimchi, Mee Bandung, Laksa Sawawak, Kambing Panggang, Kebab Daging, Mee Jawa, Laksa, Mee Bandung, Mee Soup Daging, Kambing Asam Pedas dan pelbagai lagi.


Kambing bakar is a must! Tapi yang lagi istimewa daging bakar kat sini kita boleh nikmati dengan sos lada hitam istimewa dari chef Best Western Hotel.


Saya juga sangat syorkan untuk korang mencuba sendiri sate terutama sate ayam memang sangat lembut dagingnya. Dan buffet ramadhan kali ini turut ditawarkan satar!


Oden in da house. Jarang sebenarnya buffet ramadhan yang menawarkan oden. Tapi oden di sini memang sedap terutama sup odennya yang memang sangat 'kick' dari segi imbangan pedas dan masamnya.


Pelbagai sup. Ada juga gulai kawah dan kari kepala ikan.


Teh tarik mamak yang serius sedap!!!


Pencuci Mulut Yang Sukar Dilepaskan


Penutup segala hidangan perlulah merasai sendiri pencuci mulut di sini. Antaranya seperti Ais Batu Campur, kuih-muih melayu,  Chocolate Fountain, ais krim, biskut lama, kek, buah-buahan dan puding roti. ol


Kuih muih tradisi dan moden yang memenuhi citarasa semua peringkat umur. Saya paling suka dengan bingka ubi. Memang sangat klasik rasanya. Berpeluang menikmatinya disini terus mengingatkan arwah nenek yang gemar menyediakan kuih ini ketika bulan puasa satu masa dulu.


Buah-buahan potong dengan ulaman serta salad. Sambal belacan di Best Western i-City Hotel Shah Alam memang sedap (ni memang jujur suami saya cukup gemarkannya).



Ada rezeki boleh makan shell out di sini.


Ada sudut untuk kita dapatkan biskut-biskut klasik. Cantik sudut ini, memang dipenuhi barangan antik seperti gambar barangan lama, basikal tua dan pelbagai lagi.


TOP SPENDER Berpeluang Memenangi Hadiah
Sepanjang bulan ramadhan, Best Western i-City Shah Alam juga menawarkan voucher penginapan 2 hari 1 malam samada di  Best Western i-City Shah Alam hotel ataupun di 8 Kia Peng Suites Kuala Lumpur. Untuk melayakkan penyertaan, anda hanya perlu berbelanja sekurangnya RM 500 nett. Pemenang akan diumumkan diantara jam 8.45 pm – 9.15 pm (sekiranya ada pemenang). 
 

Terdapat juga tawaran harga 'early bird' yang mana ditawarkan pada harga RM96 sahaja, harga asal adalah RM120 nett (setiap dewasa). Kanak-kanak dan warga emas  RM96 nett. Voucher 'early bird' ditawarkan dari hari ini sehingga 1 April 2022.


UNtuk tempahan dan pembelian boleh hubungi +603 5521 9000 atau  email enquiry@bestwestern-icity.my. Untuk tempahan berkumpulan boleh hubungi sales@bestwestern-icity.my 

Best Western Hotel i-City Shah Alam Menawarkan Pelbagai Sajian Kegemaran Masyarakat Malaysia Sepanjang Ramadhan 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 14, 2022 Rating: 5

9 comments:

  1. Menarik nie. Harga pun well below RM100. Yang cantik tu ada antique corner tu - kenangan ambil biskut dalam tin. Hehe

    ReplyDelete
  2. this is such an awesome place to buka puasa at. loving the yummy selection here!

    ReplyDelete
  3. Macam bazar daaaa... meriah betul menu dia, harga pun berbaloi dengan suasana dan pelbagai menu dia.. terliur nengok semua..

    ReplyDelete
  4. Wow their dishes nampak meriah! I like their kambing asam pedas, something special and sedap.

    ReplyDelete
  5. Nell tak pernah lagi staycation ataupun experience dining kat Best Western la.. menarik bah, maybe iftar tahun ni boleh plan buat kat sini dengan my friends juga kan... kena grab sekarang since ada early bird promotion lagi kan..

    ReplyDelete
  6. Wah, nice eh spot untuk berbuka puasa tu. Sebelum ni Tini selalu pergi restoran yang kat ground floor tu. Kali ni, nampaknya, ia memberikan suatu pengalaman baru juga kan kalau pergi berbuka puasa kat Best Western Hotel ni. Menu pun menyelerakan. Recommended.

    ReplyDelete
  7. Wahh, first time jumpa buffet Ramadan tahun ni yang ada hidangkan oden!

    ReplyDelete
  8. Pernah berbuka puasa sini, memang puashati sedap dia, keselesaan dia. Harga below RM100 pilihan terbaik buat warga Shah Alam

    ReplyDelete
  9. Kalau ke I-City, org cakap elok stay kat Best Western sebab dekat je kalau nak jalan-jalan kat situ. Tp tak pernah lg ke hotel ni. Nampak mcm best kak. InsyaAllah soon!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.