Saya Suka Telefon Pintar Neffos C9A!

Saya kalau memilih telefon antara kriteria utama haruslah ianya mempunyai spesifikasi kamera yang memuaskan. Ini kerana peranan telefon bimbit hari ini bukan hanya untuk menelefon dan menerima panggilan, ber-sms dan sebagainya. Bahkan telefon bimbit hari ini kegunaannya semakin meluas. Ini termasuklah sebagai gadget yang dapat merakamkan momen-momen yang indah melalui kamera yang didatangkan bersama telefon tersebut.

Dan saya telah memilih  Neffos C9A jenama telefon pintar daripada TP-Link. Apa yang menarik telefon ini ditawarkan pada harga yang mampu milik dan datangkan dengan spesifikasi kamera yang agak hebat.
  • Display: 5.45″, IPS, 1440×720 pixels, aspect ratio 18: 9
  • Processor: MediaTek MT6739WW, 4 cores Cortex A53 with a frequency of 1.5 GHz
  • Graphics Accelerator: PowerVR Rogue GE8100
  • RAM: 2 GB
  • Storage: 16 GB
  • Support for microSD memory cards: up to 128 GB
  • Wireless networks: Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.1
  • Main camera: 13 megapixel, f/2.2, PDAF
  • Frontal camera: 5 megapixel, f/2.8
  • Battery: 3020 mAh
  • OS: Android 8.1 Oreo
  • Dimensions: 146.5 × 70.9 × 8.3 mm
  • Weight: 145 g

Secara jujurnya dengan ciri kamera depan 5 megapiksel, Neffos C9A  mampu memberikan output gambar yang cantik terutama dalam aktiviti berselfie pada bila-bila masa dan di mana jua. Kamera Neffos C9A juga mampu merakamkan wajah kita dengan cara yang terbaik biarpun pada waktu malam atau dalam keadaan suasana samar-samar.

Gambar diambil di waktu siang didalam rumah

Gambar diambil di waktu siang diluar rumah

Lensa di kamera belakang menawarkan keluasan pandangan yang lebih luas iaitu 84 darjah, sekaligus memberikan kita lebih banyak pilihan untuk merakamkan momen pemandangan. Paling saya teruja telefon Neffos C9A juga didatangkan dengan fungsi 10-level Real-Time Beautify yang dapat mencantikkan gambar sepertimana yang kita inginkan.

Gambar diambil di waktu malam diluar rumah

Gambar diambil di waktu malam diluar rumah dalam suasana gelap pekat malam, tiada cahaya langsung. Tetapi gambar objek still boleh diambil. Ini sangat mengagumkan.

Dengan kamera belakang 13-megapiksel dan adanya auto-fokus, Neffos C9A juga boleh merakam gambar lebih jelas dan terperinci dari siang hingga malam, memberi warna yang lebih terang dan ini kerana kamera ini juga mempunyai blue-glass filter  yang boleh menghalang cahaya infra merah.

Best giler! Memang gambar yang dihasilkan cantik dan memberi kepuasan di jiwa, gituhhh.


Anak saya paling suka dengan ciri skrin immersive Neffos C9A yang mampu memberi kepuasan ketika menonton video (contoh dari youtube) dan juga sewaktu bermain permainan atas talian. Memang puas hati :-) Skrin yang bersaiz 5.45 inci ini datangnya dengan nisbah aspek ratio 18: 9 memang memberikan resolusi HD + yang mengagumkan.

Saya juga dapati teknologi yang diperkenalkan di telefon pintar Neffos C9A juga sangat praktikal. Ianya juga didatangkan teknologi keselamatan seperti menggunakan cap jari tangan atau pengecaman selfie raut wajah (salah satu teknologi Artificial Intelligence) sebagai kunci untuk untuk membuka telefon. Namun ini adalah bergantung kepada pilihan pengguna.


Antara Apps yang telah saya muat turun di telefon Neffos C9A

OS-nya ialah  Android 8.1 Oreo yang sedia maklum mempunyai pelbagai fungsi ciri baru,ini termasuklah patch keselamatan terkini bagi memastikan peranti sentiasa berada keadaan selamat. cekap dan tahan lama.

Saiznya juga agak tipis dan ringan iaitu 145gram sememangnya memudahkan untuk saya membawanya ke mana sahaja. Tidak ada masalah jika saya sering bertukar-tukar beg dari saiz kecil ke besar, ataupun besar ke kecil, hehehe. Bateri juga mampu bertahan lama.Dengan quad-core 64-bit dapat memberikan hayat bateri terbaik  tanpa menjejaskan kelajuan.

Telefon pintar Neffos C9A ini korang boleh pilih samada warna Cloudy Grey dan Moonlight Silver. Harganya pula sehingga akhir bulan Ogos 2018 adalah RM429 sahaja. Murah dan berbaloikan. Rembatlah satu!

Saya Suka Telefon Pintar Neffos C9A! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 12, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. i personally have tried this mobile. it great to have for such a low price and can be used as company phone. well, for those company looking for mobile, should have this.

    ReplyDelete
  2. Tengah menacari juga phone ni. Hehe. Phone sekarang ni macam dah slow. Sebabnya sebab banyak nau gambar. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Hehehe..cam menarik je kak Neffos ni lagi pun camera dia cantik heheh puas ati bila nak amik gambar produk

    ReplyDelete
  4. wah harga murah tapi kualiti tiptop. baguslah neffos ni makin dikenali ramai. cantik pun ya kan?> nak beli boleh sgt

    ReplyDelete
  5. it's great to hv a new phone.. never use neffos before... looks ok this phone..price is quite affordable..

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan murah harga dia kalau nak compare dengan kualiti dia. Gambar dia pun memang cantik cantik akak ambil. Nasib baik dah ade phone dan still functioning hahahah. Kalau tak nak beli jugak

    ReplyDelete
  7. Orang yang rajin selfie macam kak ayu ni memang sesuai sangat lah ada telefon yang cantik dan menarik ni hehehe kita ni guna phone lama jer tapi ada rasa nak beli baru tak tahu nak pilih mana satu hehehehe...

    ReplyDelete
  8. cantik gak gambar guna neffos ni erk. kalau yang suka selfie dan budget cantikboleh la dapatkan neffos ni. fungsi dalam neffos pun sama je macam hp lain so sesuai kalau yang suka ambil gambar buat kenang-kenangan

    ReplyDelete
  9. Kalau ayu memory mesti besar dan camera cantik dah cukup buat ayu jatuh cinta dengn phone ni

    ReplyDelete
  10. kalau ikut bajet memang okaylah phone ni, I ingat nak cari satu phone baru dan murah sebab nak kasi husband akses waze.. kesian pula dia... hahaha... kalau kamera okay dah bagus.. tak yah nak beli kamera lain kan heee

    ReplyDelete
  11. For the price range this phone really functions well, it has all the basic one needs.

    ReplyDelete
  12. Wow! This phone is surprisingly good for the price - and I was quite skeptical about this earlier . Gotta take back.!

    ReplyDelete
  13. Bestnya bila tgk function n spesifikasi neffos nie.. leh la AM simpan duit nak beli neffos nnti.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Makin terkenal pulak Neffos sekali ni.. TB suka fitur yang ada pada neffos ni selain design body dia pun cantik.. banyak pilihan kaler.. ada ciri keselamatan tu yang best

    ReplyDelete
  15. Ramai dah yg review tepon Neffos ni,mmg best pakai tepon no,bgr pun cantik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.