Saya dan Anak Menyokong Sepenuhnya Kempen "Gigi Sihat Senyuman Berseri" dari Kodomo Lion

 
Dah lama tak pergi event yang disertai hampir keseluruhan anak, hahaha. Apabila dapat jemputan dari pihak Kodomo Lion untuk menghadiri pelancaran kempen terbaru produk ini yang boleh disertai seisi keluarga, haruslah saya beria menyertai sama.

Kebetulan jenama Kodomo Lion bukanlah sesuatu yang baru dalam famili. Ianya diibaratkan ubat gigi anak yang wajib ada dalam bilik air. Feveret kot! Terutama yang perisa strawberi. Baunya wangi manis-manis gituhhh!

Saya baru tahu makna KODOMO dalam bahasa jepun ialah kanak-kanak. Hahahaha. Comel betul, sesuai dengan target penggunanya adalah kepada kanak-kanak yang bermula dari 6 bulan sehingga 12 tahun. Untuk pengetahuan semua ubat gigi Kodomo Lion terdapat 4 perisa iaitu Strawberi, Oren, Anggur dan Epal Hijau.

 Bagi rangkaian berus gigi pula ianya terbahagi kepada 2 jenis dan ianya sebenarnya sangat bergantung kepada keperluan peringkat perkembangan oral yang berbeza mengikut usia kanak-kanak. Dua rangkaian berus gigi Kodomo adalah Soft & Slim Kodomo Lion dan Progress Professional Kodomo Lion.

Menyedari tentang kepentingan penjagaan oral dikalangan ibu bapa dan anak, satu kempen kesedaran telah dianjurkan oleh Kodomo Lion kepada masyarakat. Kempen "Gigi Sihat Senyuman Berseri" ini adalah bertujuan untuk menjadikan proses memberus gigi satu aktiviti keluarga yang sihat dan menyeronokkan. Di mana ibubapa akan menunjukkan cara memberus gigi dengan betul kepada anak-anak mereka sekaligus dapat memupuk kesedaran amalan penjagaan oral yang baik sampai bila-bila.

Banyak info yang saya kutip sepanjang acara berlangsung. Antara ang mencuri perhatian saya ialah amaun ubat gigi yang diperlukan untuk anak-anak adalah bergantung kepada usia mereka. Pada usia 0-3 bulan ianya seperti 1 biji beras. Manakala untuk 3 tahun ke atas amaunnya seperti saiz 1 biji kacang pis.

Selain itu adalah digalakkan kanak-kanak yang sudah  mencapai usia 1 tahun perlulah datang berjumpa doktor gigi buat pertama kali. Ini kerana pemeriksaan kesihatan gigi perlu bermula seawal mereka berusia 1 tahun lagi.

Teknik menggosok gigi dengan cara yang betul, penggunaan berus gigi dan ubat gigi yang bersesuaian adalah antara faktor penting bagi memastikan masalah karies gigi tidak berlaku. Contohnya seperti ubat gigi Kodomo Lion yang mengandungi 5% Xylitol + Active Fluoride dapat membantu mengembalikan mineral serta dapat membaiki masalah karies dari peringkat awal lagi. Selain itu ramuan ini juga berfungsi untuk menguatkan gigi, mencegah kaviti serta membantu gigi kanak-kanak untuk  kekal kuat dan sihat. Paling best! Produk Kodomo Lion ini juga bebas gula tau! Jadi ianya dapat mengurangkan pembentukan plak dan sekaligus menjadikan gigi kita kuat dan sihat.

Akid antara anak saya yang mempunyai susunan gigi yang cantik. Sejenis anak yang sangat disiplin terutama dari segi penjagaan diri sejak kecil lagi.

Jom sokong Kempen "Gigi Sihat Senyuman Berseri"  ,
Gosok gigi dengan ceria seisi famili,
Penjagaan oral diambil tahu bergenerasi,
Bersama Kodomo Lion jenama yang dipercayai!
Saya dan Anak Menyokong Sepenuhnya Kempen "Gigi Sihat Senyuman Berseri" dari Kodomo Lion Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 26, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.