Ekspresi Seni Tempatan di Art in the City


Apabila seni itu mencantikkan lagi pemandangan mata terutama di bandaraya tentulah ramai yang teruja. Dan saya sendiri sebagai peminat seni memang menantikan kempen seperti 'Art in the City ' ini dilancarkan.

Untuk pengetahuan semua Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dengan kerjasama Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telahpun secara rasminya melancarkan Art In The City, pameran visual seni secara paparan luaran di sekitar ibu negara.



Art In The City bertujuan mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat anak seni tempatan sekaligus menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat.

Gambar dari Google

Kempen Art in the City telah menampilkan 14 karya seni dari 13 pelukis Malaysia yang ulung. Paling best setiap karya mereka ini akan dipamerkan secara jelas di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehudin, berkata pihaknya berharap Art In The City akan menjadi platform dalam membangunkan dan mempromosikan ekonomi budaya. Tambah beliau lagi,  CENDANA berharap kempen yang berlangsung selama enam bulan itu akan mengetengahkan dan memperkukuhkan lagi dunia seni tempatan.


“Sejajar dengan misi CENDANA untuk memupuk masyarakat seni tempatan, Art In The Cityadalah peluang bagi kami meningkatkan profil artis tempatan dalam mempamerkan bakat mereka,” katanya pada pelancaran Art In The City oleh Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad di sini, hari ini.


CENDANA juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Balai Seni Negara, LETRONICS, KL Citywalk, Permodalan Nasional Bhd, Lot 10, Bursa Malaysia Bhd, Wisma Maran, Maybank Foundation The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Wariscan dan KL Hop-On Hop-Off bagi menampilkan karya seni tempatan kepada khalayak sempena kempen berkenaan.



Antara aktiviti yang dijalankan bersempena Art In The City ialah lukisan mural, persembahan tradisional, forum seni visual untuk penggiat seni tempatan, bengkel seni di pejabat korporat dan pameran seni visual.

Gambar dari Google

Kalau korang jumpa lakaran sei bersempena dengan kempen 'Art in the City' di sekitara bandaraya jangan lupa untuk selfie dan kongsi dekat social media. Jom sama-sama kita meriahkan kempen ini bersama!
Ekspresi Seni Tempatan di Art in the City Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 20, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Hi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html

    ReplyDelete
  2. Ai suka sangat aktiviti yang melibatkan kesenian ni. Kalau dulu-dulu pantang ada event mesti nak join. Tapi sekarang masa terhad, dah kurang dapat join aktiviti yang macam ni.

    ReplyDelete
  3. Harapnya jangan ada tangan-tangan yang gatal pi rosakkan seni di dinding sekitar KL ni..rugilah nanti. Tak sabar nak gi berselfie dgn hasil karya cun ni

    ReplyDelete
  4. This place macam nice la. I need to go there take some pictures dah. :)

    ReplyDelete
  5. good to know of this place, we seldom go KL area. Now we know where to visit for wonderful arts in the city. Not yet plan what to do on this coming school holidays

    ReplyDelete
  6. Rawlins dah banyak tengok lukisan sebegini di negara luar and now di Malaysia pula melaksanakannya. Sangat cantik. I love!

    ReplyDelete
  7. Bagus they all ada buat macam ni. Kat oversea dah banyak. Lepas ni lagi cantik ar our city. I am sure more presentable and ceria nanti.

    ReplyDelete
  8. This is really interesting, I'll love to visit places like that because I'm a big fan of arts and craft.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya... Suka tengok kesenian art gini! Sesuatu yang bukan mudah nak dihasilkan. Harap jangan ada perosak kesenian ni nanti. Vandalisme harus dihapuskan.

    ReplyDelete
  10. Memang nak pergi dah hari tu. Tapi parking tak jumpa. Hahaha. So ruby pun balik. Ruby suka art tau. My fav subject dan selalu menang pertandingan water color masa musim Merdeka dan kelas seni. Rindu nak mewarna.

    ReplyDelete
  11. Bagus kempen seperti ni sebab dapat mempamerkan bakat anak seni tempatan kepada orang ramai. Nanti kalau ternampak lakaran ni nak selfie lah.

    ReplyDelete
  12. Sangat bagus diadakan kempen seperti ini untuk mengetengahkan bakat seni anak anak tempatan. Kita boleh berbangga dengan bakat mereka miliki. Nanti kalau nmapak art ni nak bergambar juga nanti

    ReplyDelete
  13. Boleh bawak anak ni sebab dah cuti sekolah kan.. activiti di cuti sekolah. Duk tengok kawan2 update bergambar dekat sini...bagus adakan kempen macam ni untuk ketengahkan bakat anak2 muda

    ReplyDelete
  14. Kak memang suka dgn lukisan,xkira apa jenis seni lukisan sbb kak sendiri pun suka melukis,bangga melihat lukisan yg cantik di finding.

    ReplyDelete
  15. Wahh.. bestnyer ade event macam ni.. great way to teach kids about art

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.