PELBAGAI PRODUK DIM SUM SEJUK BEKU HALAL DARI AYAMAS KITCHEN

Saya dan keluarga memang peminat dim sum. Apatah lagi menikmatinya ketika masih panas-panas. Cuma setiap kali menikmatinya kami harus mendapatkannya di restoran hidangan cina halal ataupun di hotel-hotel terkemuka. 


Dan kini saya boleh dapatkan produk Dim Sum hanya di kedai Ayamas mahupun Giant. Ini kerana jenama Ayamas Kitchen telahpun melancarkan pelbagai jenis produk Dim Sum halal sejuk beku yang lazat untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina. 

Untuk pengetahuan korang terdapat 10 jenis Dim Sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam & Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, dan Pek Kombo Dim Sum. Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan, dan Dim Sum Udang.



“Produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional. Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. Dim Sum halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd.



Produk Dim Sum Ayamans Kitchen ini diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini. Ini adalah memastikan setiap pelanggannya yakin 100% produk ini selamat untuk dinikmati. Paling penting roduk ini telah disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) iaitu sebuah badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Saya sendiri sudah menikmati Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen, dan rasanya memang sedap! Paling best ianya sangat mudah untuk disediakan serta bergantung kepada jenis Dim Sum itu sendiri. Kita boleh kukus, rebus, goreng atau dengan hanya memanaskannya sahaja menggunakan ketuhar gelombang mikro atau oven. Tapi untuk rasa yang terbaik, ianya perlu dikukus secara tradisional. Dan korang boleh nikmati Dim Sum Ayamas Kitchen ini bersama sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life memang bertambah-tambah lagi keenakkannya.

Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaituAyamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.
PELBAGAI PRODUK DIM SUM SEJUK BEKU HALAL DARI AYAMAS KITCHEN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.