PELANCARAN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS

Tidak dinafikan kita sering kali mengabaikan penjagaan kesihatan sistem penghadaman. Masalah sembelit, membuang tidak lawas, kerap sakit perut adalah berpunca dari sistem penghadaman yang tidak sihat. Oleh yang demikian VITAGEN telah mengambil langkah untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuannya secara langsung dengan rakyat Malaysia melalui inisiatif pendidikan barunya iaitu VITAGEN Digestive Health On-Wheels.

VITAGEN Digestive Health On-Wheels adalah sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik – Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei – iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya.

Trak ini juga didatangkan bersama jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai. Terdapat 30 buah lokasi yang akan dikunjungi di sekitar Lembah Klang dan orang ramai akan dapat menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada jururawat gastroenterologi serta dapat mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan.


Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, pemberian sampel produk dan terdapat promosi jualan.

“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagimendidik para pengguna mela lui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkanmereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat. Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan,” kata Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.


Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti
terletak dalam sistem penghadaman. Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas. 
     
Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil probiotik yang terkandung dalam VITAGEN, tubuh badan menghasilkan radang bahan kimia yang lebih rendah. Ini membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Sebanyak 73% daripada responden yang mengalami sindrom usus rengsa (IBS) telah meraih manfaat meningkatkan imuniti. Ini disebabkan oleh probiotik yang membantu tubuh badan menghasilkan bahan kimia keradangan yang lebih rendah, justeru mengurangkan keradangan sambil meningkatkan sistem imuniti yang lebih berkesan.
Berbilion kultur probiotik hidup yang terdapat dalam VITAGEN telah dirumus untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya. Apabila berada di dalam, kultur ini membantu penghadaman yang lebih baik dan sistem imuniti yang lebih kuat bagi menghasilkan sistem penghadaman yang lebih sihat, di samping meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit.

Untuk pengetahuan semua, sistem imuniti kita dibentuk untuk menentang serangan virus, bakteria dan mikrob lain tanpa mengganggu tisu yang sihat. Sebanyak 70% daripada pertahanan imuniti kita terletak di dalam sistem penghadaman.

Banyakkan informasi yang saya sudah kongsikan. So, jom cari dan terjah VITAGEN Digestive Health On-Wheels. Dapatkan informasi terkini di laman sosial vitagen ya!

PELANCARAN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.