KidZ vs Food 3.0 di Kidzania


Baru-baru ini saya sempat menghadiri pelancaran KidZ vs Food 3.0 di Kidzania. Di mana ahli CongreZZ KidZania telah menunjukkan bakat memasak mereka dengan menyediakan jamuan untuk kanak-kanak daripada *Hilla Community Centre. Untuk pengetahuan KidZania telah menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan makanan bersempena dengan cuti sekolah yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember. Ini adalah bertujuan untuk memupuk kreativiti dalam bidang masakan serta menyemai sikap menghargai makanan.

Untuk penganjuran kali ketiga ini, ahli CongreZZ KidZania dengan bantuan dari chef ‘Abang’ Brian daripada Young Chef Academy (YCA) menyediakan hidangan utama, Nasi Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang dan pencuci mulut, Kek Gulung Coklat Pisang buat kanak-kanak daripada Hilla Community Centre.

“Kita akan berpuas hati dan lebih berkeyakinan apabila berjaya menyediakan hidangan untuk diri sendiri apatah lagi kita menjamu orang lain. Ini adalah nilai yang penting dan boleh dijadikan pengajaran untuk pelbagai situasi dalam kehidupan harian kanak-kanak. Kerjasama yang dipamerkan oleh ahli CongreZZ ketika menyediakan hidangan harini, sangat selari dengan kepercayaan KidZania Kuala Lumpur ‘Learn Life Today’, dan melalui ini mereka juga dapat mempelajari satu nilai yang sangat penting iaitu membantu golongan yang memerlukan,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Usaha mereka adalah contoh yang baik dan melalui program KidZ vs Food 3.0 tahun ini kanak-kanak berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti memasak serta mempelajari skil penyediaan makanan,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang dijadualkan untuk Program KidZ vs Food 3.0 ialah Pop Up Kitchen dan Drink Station. Di mana aktiviti ini dapa membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah. Selain itu, terdapat juga aktiviti Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan seperti Ice Fishing. 

Aktviti Food Art pula dapat menyerlahkan kreativiti kanak -kanak untuk menghiasi hidangan. Ibu bapa juga boleh menyertai Parent & Kid Cooking Workshops yang akan menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu seperti Cinnamon Rolls dan Roti Bayam & Keju.

Penganjuran KidZ vs Food 3.0 ini turut disokong oleh Emborg, F&N, Kewpie Malaysia, MAMEE, Mission Foods, Malaysia Palm Oil Council, SHARP, Spritzer dan Young Chefs Academy.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, sila layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

* Hilla Community Center ditubuhkan sejak tahun 2007 dan merupakan sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan yang bertujuan untuk membantu komuniti pelarian melalui pendidikan dan latihan kemahiran. Kelas-kelas khas untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 19 tahun disediakan termasuklah kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, matematik, sains, seni dan kraftangan, piano, vokal dan komputer. Golongan dewasa pula diajar kemahiran kerja.
KidZ vs Food 3.0 di Kidzania Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 17, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.