Promosi 'The Blend is Magic' Dari Starbucks

Rasanya ramai yang menantikan musim percutian. Ini kerana pada masa ini, kita akan merancang pelbagai aktiviti dan juga bersedia untuk bercuti. Seperti tahun sebelum ini, Starbucks Malaysia sentiasa meraikan musim percutian bersama pelanggan kesayangannya. Dan untuk tahun ini Starbucks Malaysia telah membawakan tema 'The Blend is The Magic' yang memperkenalkan minuman istimewa campuran dengan kacang, kad istimewa Starbucks dan barangan cenderamata khas edisi terhad.


Raikan kemeriahan musim percutian ini dengan produk terbaru Starbucks iaitu "Starbucks Snowy Cranberry Latte". Ada gabungan rasa coklat putih dan juga percikan rasa buah kranberi. Paling mengujakan minuman ini juga didatangkan dengan whipped cream di bahagian atasnya sekali.


Tidak dilupakan Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte yang sentiasa mendapat permintaan ketika promos musim percutian dari Starbucks Malaysia. Saya paling gemar varian minuman ini kerana rasa toffee bersama kekacang memang enak bila digabungkan bersama.



Kepada yang sukakan rasa pudina bolehlah mencuba Starbucks® Peppermint Mocha. Minuman ini juga antara yang mendapat permintaan tinggi untuk promosi percutian dari Starbucks. Ianya gabungan  Peppermint Mocha, espresso dan susu dengan rasa coklat serta pudina.


Dan planner Starbuck 2019 ni paling best!!! Ianya boleh ditebus bermula dari 20 November 2018 dengan melalui pembelian  mana-mana tiga minuman Starbucks Holiday (seperti minuman 3 diatas) bersaiz Grande atau Venti dan juga 12 minuman Starbucks yang lain samada bersaiz  Grande atau Venti.

Korang juga boleh dapatkan kad hadiah Starbucks® Holiday esklusif dengan gambar momen Krismas yang menarik. Selain itu terdapat juga Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blonde Roast. Seperti suami saya yang begitu mengemari Starbucks® VIA Holiday Blend - gabungan kopi SUMATERA dan kacang.


Antara cenderamata Starbucks bersempena dengan musim percutian ini seperti 'Winter Coming' dan 'Santa Has Arrived', ini merupakan dua koleksi terbaru yang boleh dijadikan sebagai cenderhati kepada rakan-rakan. Antaranya seperti cawan, tumbler dan beg tote dengan gambar salji, bola salji emas, hutan yang mempesonakan dan pelbagai lagi. Selain daripada koleksi barangan, Starbucks turut memperkenalkan Starbucks® Snow Globe yang sangat cantik!



Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.
Promosi 'The Blend is Magic' Dari Starbucks Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 15, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.