Rawatan Dermapen di Dr Medispa dan Wellness Kajang

Baru-baru ini saya telah direkomenkan oleh seorang kawan untuk mencuba rawatan muka di Dr Medispa & Wellness Jalan Reko Kajang.

Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor
013-770 6708


Pusat Spa yang terletak di bahagian atas deretan kedai ini sememangnya  cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan terutama dari kawasan Kajang. Untuk pengetahuan semua Dr Medispa & Wellness ini telah dikendalikan oleh Dr. Azira seorang doktor bertauliah yang banyak membantu ramai pelanggannya dalam membuat rawatan kulit wajah.

Menariknya sebagai pelanggan, kulit wajah kita akan dianalisis secara kasar terlebih dahulu untuk melihat jenis rawatan muka yang sesuai. Antara rawatan muka yang terdapat di Dr Media & Wellness adalah seperti hydrafacial, dermapen dan pelbagai lagi.

Ruang menunggu yang sangat selesa. Jika kita datang bersama suami dan anak kecil, jangan risau ini kerana disediakan tempat khas untuk anak kecil.

Bilik rawatan yang lengkap dengan peralatan untuk membuat rawatan wajah.

Setelah dianalisis kulit wajah, didapati wajah saya mempunyai bekas-bekas parut lama jerawat. Dan didapati juga ada kawasan tertentu di wajah saya  mempunyai lingkaran kawasan gelap. Jadi saya telah disyorkan untuk membuat rawatan dermapen.

Antara masalah kulit wajah yang perlu mendapatkan rawatan dermapen adalah seperti:-

  • Wrinkles dan kedutan halus
  • Stretch marks
  • Parut jerawat
  • Lubang parut yang besar
  • Scar dari pembedahan
  • Skin sags.
  • Hair loss.
  • Burn Scars

Prosedurnya lebih dari 1jam. Namun bagi saya ianya sangat berbaloi apabila kita merasai serta melaluinya sendiri segala prosedurnya.

Pada peringkat permulaan wajah muka perlu dibersihkan terlebih dahulu. Memang best, ini kerana kita akan terasa begitu segar di bahagian muka. Selain dibersihkan, muka juga diberikan urutan yang lembut.

Pembuangan white head dan black head di kulit muka. Di Dr Medispa & Wellness selain menggunakan peralatan berteknologi tinggi, kaedah konvensional juga digunakan.

Membersihkan dengan menggunakan mesin. Memang terasa muka di vakuum, ini adalah bagi memastikan segala sisa white head dan black head dapat dibersihkan dengan sempurna.

Seterusnya proses dermapen bermula. Dengan menggunakan konsep 'microneedling' yang mana kita akan terasa muka dicucuk secara perlahan dan pada masa yang sama muka kita juga akan dimasukkan dengan serum.

Kulit wajah kita akan bertukar menjadi kemerahan. Dan ada juga kawasan tertentu akan berdarah. Ada satu part juga muka kita akan melalui proses ala sauna. Saya cukup suka 'part' ini kerana kita akan terasa muka kita lebih anjal.

Proses ini dikatakan dapat mematikan kuman. Tapi memang selesa betul ketika pakai topeng muka ini.

Dalam masa seminggu kulit saya mengelupas dan wajah boleh dikatakan lebih berseri. Warna kulit muka juga didapati lebih sekata tau. Saya juga dinasihatkan agar sentiasa memakai sunblock ketika keluar di rumah terutama dalam seminggu selepas menerima rawatan. Ini bagi memastikan kulit wajah saya lebih cerah efek dari rawatan dermapen.

Jom korang dapatkan rawatan muka di Dr Medispa & Wellness Kajang!

Untuk keterangan lanjut dan lebih informasi, boleh layari :-

www.facebook.com/drmedispaandwellness
www.instagram.com/drmediaspawellness

Rawatan Dermapen di Dr Medispa dan Wellness Kajang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 23, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. wahhh mcm best jee.. tak pernah buat..

    ReplyDelete
  2. aduimak dermapen tuh kemain lagi alatnye ek, seram plak aku dibuatnya tapi teringin gak nak cuba buat ni. nantilah tengok minggu2 depan ke kan

    ReplyDelete
  3. Sy nk tanya berapa kos treatment dermapen tu for one session and kalau ade yg package berapa pulak kosnya ye?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.