Operasi X | 8 SEBAB kenapa filem [O][P][E][R][A][S][I][X] ini harus ditonton

Sebagai penyokong filem tempatan, haruslah saya tidak melepaskan peluang untuk menonton filem Operasi X bersama keluarga tercinta. Apatah lagi melihat kepada barisan pelakon yang cukup popular dari dulu sehingga kini menjadikan Operasi X antara filem tarikan untuk ditonton segenap lapisan masyarakat pada tahun 2018.

Untuk sinopsis cerita dan senarai pelakon, korang boleh baca entri ini terlebih dahulu ya :-)


Saya senaraikan 8 SEBAB kenapa filem [O][P][E][R][A][S][I][X] ini harus ditonton. Ini adalah pendapat secara peribadi saya ya, mungkin pandangan korang juga sama atau berbeza. Tepuk dada tanyalah selera!

[O]hsem. Bila ada gabungan pelakon lama dan baru.


Jika dilihat pada barisan yang menjayakan filem ini. Tidak nafikan kebanyakannya terdiri daripada pelakon lama yang cukup berpengaruh. Dua watak utama iaitu Dato' Awie (Belut) dan Dato' Aaron (Inspektor Redzuan) sememangnya kita tidak perlu pertikaikan penghayatan watak yang mereka bawa. Bagi saya watak yang dibawakan oleh Dato' Awie sebagai "Raja Seludup" juga diibaratkan sebagai ayahanda (ketua gangstar) dan sangat dihormati dan disajungi oleh semua ketua-ketua gelap agak berlainan daripada watak yang dibawakan oleh beliau semua ini.

Dari luaran Belut memang nampak seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Jika dia tidak suka, maka maut sahaja jawapannya. Apatah lagi dengan penampilan Belut terutama dari segi pakaian dan potongan rambutnya agak meyerupai dengan aktor legenda Rajinikanth dari filem Kabali.


Nampaknya ganas dari luaran tetapi hatinya penuh taman. Tersentuh sikit hati rasa hendak menangislah, nak belajar menari salsa, mata keranjang dan kasihnya pada adik Mat Bong sehingga ke hujung nyawa, itulah part yang paling menyentuh perasaan.

[P]asukan yang hebat. Sebenarnya bila saya tonton kisah sehingga habis. Barulah saya faham sebenarnya Operasi X ini adalah operasi yang dilancarkan khas dengan adanya gabungan 4 orang yang terbaik iaitiu Pablo the smasher (Hairul Azreen), Janggut  (Gbob) seorang hacker, Nash (Nashra Shah) seorang perisik wanita dan juga Mat Ali (Hefny Saad) yang merupakan pemandu kereta yang mampu memandu laju.

Dengan bantuan daripada skuad pihak polis apabila diperlukan serta gabungan pasukan hebat yang ditubuhkan oleh Inspektor Redzuan menjadikan segala rancangan serta perniagaan Belut kelam kabut.


[E]lemen persaudaraan, sarat kasih-sayang dan kesetiaan.
Persaudaraan yang erat kita dapat lihat hubungan Belut dan adiknya Mat Bong (Amerul Afendi). Walaupun banyak scene flashback hubungan antara dua beradik ini, namun bagi saya ianya cukup sentimental. Benarlah kata orang kasih-sayang itu tidak perlu ditunjukkan pada nilaian wang atau harta tetapi ingatan yang berpanjangan itu sebenarnya memberi erti yang besar untuk sebuah harga kasih sayang sejati.


Begitu juga dengan erti kesetiaan. Biasanya kalau kita tonton kisah gengstar di layar perak. Setiap ahli kumpulan perlu teguh berpegang pada prinsip kesetiaan. Namun tidak dinafikan 'kesetiaan' itu akan hilang apabila ada perasaan tamak, iri hati dan ingin menguasai. Seperti juga didalam kisah Operasi X, yang mana Belut juga harus berdepan dengan ahlinya yang menjadi "duri dalam daging'".

[R]elaks. Jalan cerita tidak berat dan sangat santai. Kadang-kala kalau kita tonton kisah yang melibatkan penjenayah dan anggota seragam ni banyaknya kompleks. Ada yang jenis cerita dalam cerita. Tapi untuk filem Operasi X ini garapan ceritanya memang santai apatah lagi dialog dari Belut (lakonan Dato' Awie) semuanya bersahaja dan agak lucu.

Babak didalam kereta ketika masing-masing tengah serius.

Lady Lion : Confidence!
Belut : Condifence!

***
Babak masa tengok Awie buat persembahan atas pentas.

Belut: Aku suka jantan ni. Dia memang poyo!

***
Babak ketika ASP Redzuan dihubungi oleh Belut. Setelah Belut berjaya menjadikan Ayu (Hanna Aqeela) dan Fatimah (Azzahra) sebagai tebusan.

ASP Redzuan: Lepaskan diaorang! Amek aku!!
Belut: Nak amek hang buat apa! Ingat aku gay kah!

Dan banyak lagi terutama scene yang ada watak Belut dan Janggut.

[A]rahan dari sutradara Sandosh Kesavan merupakan seorang pengarah filem yang telah lama berkecimpung dalam dunia perfileman. Beliau telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Pengarah Terbaik , Anugerah Layar Skrin terbaik dan projek terbaik untuk filem pendek FELINA dalam Film and Video Festival Academy Film Malaysia pada tahun 1995. 



Untuk pengetahuan semua saudara Sandosh Kesavan telah banyak menghasilkan dan mengarahkan iklan TV, muzik video, dokumentari, video korporat dan banyak lagi. Antara filem arahan beliau adalah : Aandal (2005),Gong (2006), Aanushtana (2013), Biasan (2015), Operasi X (2018) dan akan datang Felina (2019).

[S]inemografi yang hebat. Pulau Aman dan Penang Hills
Malaysia sememangnya banyak tempat yang menarik dan cantik. Dan saya akui Penang Hills dan Pulau Aman ini adalah antara destinasi yang perlu saya terjah setelah menonton Operasi X. Ini terutamanya Pulau Aman yang masih mengekalkan ciri kampung nelayan.  Melihat kepada jeti kecil, persisiran pantai, rumah kampung yang masih tegap semuanya menjadikan saya begitu bangga apabila keindahan alam itu datangnya dari bumi kelahiran iaitu Malaysia.


Begitu juga dengan lokasi di atas salah sebuah rumah lama di Penang Hills yang menempatkan markas pasukan Operasi X iaitu Janggut, Pablo, Mat Ali, Nash serta Inspektor Redzuan untuk mereka berbincang dan menyusun strategi bagi menumpaskan geng Belut. Pandangan dari atas Penang Hills memang cantik dan unik.

[I]stimewa .Bukan mudah u.ntuk meghimpunkan nama-nama yang cukup besar dalam industri seni dalam satu karya. Walaupun ada ketikanya penampilannya agak sekejap sahaja, hanya untuk beberapa scene namun kemunculannya tetap dinanti. Antaranya seperti penampilan khas Datuk Yusof Haslam yang cukup senonim sebagai watak Ketua Polis samada dalam drama Gerak Khas mahupun daripada filem penerbitannya sendiri. Kesudian Datuk Yusuf Haslam sebagai Dato' Mokhtar muncul dalam beberapa babak dalam filem ini bagi saya cukup istimewa.

Begitu juga runut bunyi yang dimainkan sepanjang cerita, benar-benar bermain emosi terutama ketika  babak Belut menerima berita adiknya Mat Bong telah mati ditembak.  Saya juga cukup sukakan runut bunyi ketika suasana pertarungan antara penjahat dan skuad Operasi X. Tidak dinafikan runut bunyi di kala babak aksi mampu menghidupkan lagi perjalanan cerita.

Filem ini juga sangat sesuai ditonton seisi keluarga. Dan saya pasti ramai penonton juga terhibur dengan jalan cerita yang dipersembahkan terutama apabila kemunculan pelakon kegemaran mereka yang sudah lama beraksi di layar perak.


[X]trem Sempoi

Walaupun ramai juga yang mengkritik terutama dari segi CGI yang agak sedikit canggung. Kurang kemasan dalam skrip dari babak awal sehingga akhir, namun begitu untuk tontonan filem melayu yang berdurasi selama 107 minit bagi saya ianya tetap menghiburkan.

Keterangan lanjut mengenai filem boleh layari:-




        
Mana tahu pada masa akan datang, ada sambungan filem Operasi X kepada Operasi XYZ (habiskan terus abjad kannn). Mungkin juga boleh diperkenalkan watak Lady Black Panther, hahahaha. Orang kanan ketua gangstar yang over extrem ganas tetapi dalam hati ada sekebun sayur.

Gituhhh. Jom tonton Operasi XYZ , ehh Operasi X 😜
Operasi X | 8 SEBAB kenapa filem [O][P][E][R][A][S][I][X] ini harus ditonton Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 08, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Nak like seratus peratus apa akak tulis boleh? Saya setuju sangat semua lapan lapan point hehe

    ReplyDelete
  2. Waaa... Mmg best cerita ni Kan x rugi tgk kt pawagam

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya saya kena tonton juga dilem ni. Masuk entry dah 4 entry cakap best. Cuma bab cgi tu ada yang kureng sikit tapi still okey untuk ditonton

    ReplyDelete
  4. Kalau dah Dato' Awie yg berlakon. Cnfrm best cerita ni. Tp bila sy baca ulasan terasa mcm ala-ala hindustan plak jalan cerita dia.hehe. Nanti free boleh la g tgok filem ni. Mcm seronok je..

    ReplyDelete
  5. I need some movie time in cinema too. have not been there for too long look like it's time for me to check out this movie.

    ReplyDelete
  6. Semua org duk share pasal cerita ni. Semua kata best. Adakah ini petanda kena pi tengok jugak. Huhu.

    ReplyDelete
  7. Dialog "ko ingat aku gay ke" wat ayu tergelak besar dalam panggung kak. Tapi best la cerita ni, cerita ringan untuk fun2.

    ReplyDelete
  8. Hehe. Memang macam Rajinikanth lahhh Belut tu. Namapak menarik dan nak tengok karektor Awie dalam filem ni. Tak sangka pula filem ini dari arahan sutradara Sandosh Kesavan. Will look forward to see his works after this.

    ReplyDelete
  9. nak g tengok.. sebab minat dekat awie.. dapat watak jahat pulak aka Belut namanya ye..tgk dkt panggung lebih ummph..ramai yg kata cerita ni best.. so liez mmg nak kena g tgk gak

    ReplyDelete
  10. Looks like there is alot of good Malaysian movies recently :) Shall check this out and hope it is not too late haha..I wanted to watch Pascal but it is off the cinemas already..huhu

    ReplyDelete
  11. This sound good... Makes me feel wanna watch it..
    Planning planning now

    ReplyDelete
  12. gabungan terbaik dato awie dan dato aaron aziz..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.