Majlis Pelancaran Zakat2U versi 4.0


Salam semua. Salam penuh keberkatan. Saya nak war-warkan satu berita baik pada korang semua, moga bermanfaat :-)

Untuk pengetahuan korang, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u.com.my versi 4.0. Platform yang memberi banyak kelebihan kepada pengguna selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini.

Sepertimana yang kita ketahui, membayar zakat itu adalah wajib bagi orang Islam yang berkemampuan. Bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam terutama yang tinggal di kawasan Wilayah Persekutuan, satu platform pembayaran zakat atas talian telah diperkenalkan bagi memudahkan urusan mereka. Apa yang menarik, pembayaran zakat di zakat2u.com.my ini memberikan servis seumpama kita membayar di kaunter-kaunter zakat.

Laman web zakat2u.com.my versi 4.0 telah dikemaskini dengan lebih baik, dengan memperkenalkan lebih banyak fungsi yang dapat memberikan perkhidmatan pembayaran zakat dengan lebih sistematik.

Antaranya fungsi yang terdapat dalam fungsi 4.0 seperti:-



  • Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas dan jelas
  • Memperkenalkan TROLI ZAKAT yang mana pengguna boleh membayar lebih daripada satu jenis zakat 
  • Disediakan bacaan doa yang boleh dirujuk oleh pembayar zakat, setelah pembayaran dibuat.
  • sekiranya ada permasalahan atau persoalan boleh merujuk kepada amil di chatbox FB mesengger
  • Paling best! Pembayar zakat boleh mencetak terus resit rasmi setelah pembayaran zakat telah dilaksanakan
  • Terdapat video tutorial panduan pengiraan zakat yang boleh dirujuk di laman web juga tau!


Menarik bukan? 

Satu sidang media telah diadakan bagi mewar-warkan pelancaran laman web zakat2u.com.my versi 4.0. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Dengan pelancaran laman web versi 4.0, adalah diharapkan jumlah pembayar zakat semakin bertambah dengan target dari pihak PPZ MAIWP  sendiri iaitu seramai 25 juta pembayar.  Dan sehingga Oktober, seramai 13 juta pembayar zakat telah membuat pembayaran zakat secara online.

Moga dengan adanya platform zakat2u.com.my versi 4.0 membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan lebih mudah dan bersistematik. Sekaligus ini dapat memberi lebih banyak kemudahan dan fleksibiliti, serta tiada alasan lagi seperti kekangan masa untuk datang membayar zakat di kaunter.

Pada bila-bila masa, dimana jua, masyarakat Wilayah Persekutuan (KL) boleh membuat pembayaran apa sahaja jenis zakat di www.zakat2u.com.my.

Bayar zakat,
Hidup lebih berkat!

Majlis Pelancaran Zakat2U versi 4.0 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 02, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. senang je terus boleh print resit! nak attach tax pun senang! yeay! Tahniah PPZ-MAIWP!

    ReplyDelete
  2. da linNovember 4, 2018 at 9:05 AM

    Wah...bagusnya dengan zakat2u 4.0 ni, senang utk kita membuat pembayaran zakat..dah x perlu ada byk alasan lg dah ..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.